Tuesday, February 16, 2010

Kampong Di Bawah Gunung

Selepas berkereta naik bukit turun bukit selama dua jam, B berkata, inilah kawasannya. Di sepanjang kanan jalan terdapat rumah-rumah kampong yang berbagai saiz dalam dusun yang subur.

Ada sungai berair jernih dengan batu-batu di dasarnya mengalir di belakang rumah. Di tebing sana banyak tumbuh rumpun buluh yang bersambung dengan hutan belukar hingga ke bukit bukau. Inikah kampong orang bunian?

Di kiri jalan pula bilangan rumah hanya sedikit kerana tanahnya lebih tinggi. Ahh.......dari Pajero aku nampak sebuah rumah papan berwarna coklat tertenggek di atas tebing tinggi. Terpaksa mendongak sedikit untuk melihatnya. Namun ada background yang lebih hebat: Nun jauh di lereng gunung yang berhutan tebal kelihatan air terjun! Siapakah pemilik yang bertuah ini?? Pemandangan betul macam dalam gambar.

Sepanjang jalan balik aku berkata: Subhanallah, Alhamdulillah, Allah swt beri aku peluang tengok kampong seindah ini. Rasanya aku akan ke sana lagi kot, cuma nak tunggu peluang...ialah kalau ada penduduk yang boleh menjadi saudara angkat.

0 comments:

Post a Comment