Monday, February 15, 2010

Mendekati Para Ulama

Di antara wasiat Luqman Al Hakim kepada anaknya ialah:

Wahai anakku, duduklah bersama para ulama dan dekatlah kepada mereka dengan kedua lututmu (duduk rapat), kerana sesungguhnya Allah menghidupkan hati-hati manusia dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang mati (kering) dengan hujan yang lebat. Rasulullah saw bersabda: Duduk bersama para ulama adalah ibadah. (HR Addailami)


Adalah hikmah itu seperti barang yang telah hilang dari seorang mukmin maka wajib baginya untuk mencarinya. Maksud hikmah ialah ilmu, maka jika seorang mukmin kehilangan ilmu dia seolah-olah kehilangan harta yang sangat berharga. Jika ia menemuinya semula maka hatinya akan mantap dan jiwanya akan rasa sangat gembira.

Dan termasuk dalam adab-adab menuntut ilmu untuk bersemangat dalam belajar, tekun dan rajin serta tidak cepat berpuashati dengan ilmu yang sedikit.

0 comments:

Post a Comment