Wednesday, February 24, 2010

Ochids: Betul Gila Orkid

Dendrobium
Dendrobium
Dendrobium

Semalam aku ambil gambar orkid-orkid yang tergantung dalam pasu di pondok orkid di belakang rumah. Yang berbunga ada tiga pasu sebab ketika membeli memang cari yang mempunyai kuntum. Tak payah menunggu lama dan terpaksa menggaru kepala fikir baja apa nak digunakan bila bunga yang dinanti tidak kunjung tiba. Alah membeli menang memandang sudah alright le tu.

Orang yang tanam orkid kadang-kadang tak dapat pun tengok bunganya sebab ada orkid tak mahu berbunga bertahun-tahun. Ada yang hanya dapat tengok pokok berpucuk dan berakar, namun itu pun memadai dan puas hati.

Sebabnya ialah adanya harapan yang suatu hari ia akan berbunga, ada kepuasan yang penantian akan berakhir. Keindahan dari sekuntum bunga unik yang diciptakan oleh Allah swt akan berkembang dan mewangi untuk dinikmati dan dihargai......

0 comments:

Post a Comment