Sunday, February 14, 2010

Ular Sawa Batik

Ada sebuah jambatan yang merentangi sebatang sungai di kampongku. Ia dibuat dari kayu beruti yang di susun jarak dua inci, bertiang batu. Lebar jambatan lebih kurang 8 kaki dan panjangnya 30 kaki. Jika musim hujan atau air pasang jarak antara lantai jambatan dan permukaan air hanya 3 kaki sahaja. Boleh nampak air di bawahnya dengan jelas.

Satu masa kampongku dilanda banjir, maka air sungai hanya beberapa inci saja dari lantai jambatan. Aku dan kawan-kawan terpaksa juga ke sekolah dan lalu di atas jambatan tersebut. Apa yang kami nampak sungguh menakutkan. Di bawah jambatan tersebut terbelit ular sawa yang sangat besar. Kami lari lintang pukang sambil menjerit-jerit, tolong ada ular!

Orang kampung pun datang. Rupa-rupanya ia bangkai ular, bukan ular hidup. Tapi bila bangkai dah terendam dan kembung maka semakin besar pula ia. Tak jadi ke sekolah pada hari itu. Sampai sekarang aku takut ular, cukup fobia bila orang sebut 'Anaconda'.

0 comments:

Post a Comment