Tuesday, March 16, 2010

Air Bunga dan Kemenyan

Sukan bola jaring memang jadi kesukaan budak-budak perempuan walaupun di sekolah kampong. Position yang glamour ialah shooter dan centre forward. Masa tu yang jadi centre ialah Zubaidah anak tukang kebun sekolah kerana dia yang paling cekap tangkap bola, boleh melompat tinggi dan passing pun accurate.

Aku sekadar jadi pemain simpanan dan tolong pemain sana sini. Pasukan bola jaring dikira kuat kerana anggotanya terdiri dari pelari dan atlet sekolah. Satu pertandingan yang aku tak lupa ialah bila nak lawan sekolah 'musuh tradisi' yang jauhnya 4 km dari sekolah aku.

Kami berlatih pagi petang sebab nak menang sangat agar jadi wakil daerah. Di hari permainan, sebelum bertolak ke sekolah tersebut kami mandi air bunga campur kemenyan di rumah cikgu. Sebelum masuk padang kami kena tabur kemenyan di empat penjuru court, kena genggam kemenyan agar bola tak bolos dan terlepas.

Prosedur ni dibuat secara sembunyi dan dirahsiakan. Rasanya dalam perlawanan tersebut pasukan kami kalah tapi perkara ini tidaklah memalukan sangat kerana 'rahsia' tu orang kampong tidak tahu.

0 comments:

Post a Comment