Tuesday, March 9, 2010

Cerita Menoreh Getah

Yang aku paling tak suka bila ke kebun getah ialah banyak nyamuk. Aku dan sepupu-sepupu ikut keluarga kami menoreh, selalunya tolong siapa yang lambat. Menoreh senang saja kalau kulit pokok baru pertama kali ditoreh, smooth; tak lekak lekuk, berbenjol-benjol macam kulit pokok getah tua.

Ada dua cara menoreh iaitu samada di tarik atau di sodok ke hadapan, keduanya guna pisau yang berlainan. Kena guna pisau dengan hati-hati kerana bila kulit pokok 'luka' yang tumbuh balik akan menggerutu dan sukar ditoreh kelak. Pokok getah ditanam semula lebih mudah kerjanya kerana torehan pada ketinggian serangam.

Tak payah terbongkok-bongkok di perdu pokok. Bila menoreh kena pakai 'sepecial uniform' hari-hari kerana baju elok yang dah kena getah ianya melekat dan kotor. Seronoknya jika ada teman sembang sambil berjalan dari pokok ke pokok dan menoreh.

Malang pula ketika hampir siap menoreh hari hujan, habis getah yang belum beku tercampur air hingga ditinggal begitu saja. Sudah siap menoreh bolehlah kami duduk rehat sekejap tunggu getah habis menitis ke dalam mangkuk. Biasanya kami bawa nasi sejuk lauk ikan masin atau ikan pekasam atau ikan kembung goreng, sambal belacan, air teh atau kopi sejok untuk breakfast.

Lepas makan kalau ada masa pungut pucuk paku atau pucuk ubi, kemudian kumpul susu getah untuk dibekukan.

0 comments:

Post a Comment