Tuesday, March 16, 2010

Menjauhkan Diri dari Syaitan

Menjauhkan diri dari syaitan satu perkara mustahil kerana ia sentiasa berada hampir dengan manusia. Rasulullah saw menjelaskan bahawa syaitan berada dalam aliran darah manusia.

Jadi itu bagaimana cara menghancurkan tipu dayanya? Dalam Al Quran disebutkan bahawa tipu daya syaitan itu lemah (An Nisaa': 76). Tipuannya terasa kuat oleh orang yang tidak memiliki benteng. Nmaun jika seseorang ada benteng yang kukuh nescaya ia terselamat dan tidak mudah terpengaruh.

Oleh itu benteng sangat penting dan menurut Al Quran ianya adalah KEIKHLASAN. Allah swt berfirman yang bermaksud, "Iblis berkata 'Ya Tuhanku, kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesat-kan mereka semuanya kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (yang ikhlas) di antara mereka." (Al Hijr: 39-40).

Ikhlas ertinya mempunyai keyakinan yang kuat dengan memurnikan pengabdian hanya kepada Allah swt. Dan juga menujukan seluruh hidup kepadaNya dan mengharap redha hanya dariNya.

Orang yang ikhlas tidak akan tergoda dengan reaksi manusia atas amal yang ia lakukan. Pujian atau celaan sama sahaja di hadapannya. Inilah benteng utama yang boleh menahan, melemahkan dan menghilangkan pengaruh tipu daya syaitan.

0 comments:

Post a Comment