Tuesday, March 9, 2010

Pantun Renungan

Pokok ati-ati
Pokok keladi

Awan mendung hari nak hujan,
Cari timba di tepi telaga;
Hidup mati Allah tentukan,
Tiada siapa dapat menduga.

Kulit lembu celup samak,
Mari buat tapak kasut;
Harta dunia jangan tamak,
Kalau mati tidak mengikut.

Dua tiga empat lima,
Tuba ikan di Pulau Sembilan;
Kita hidup takan lama,
Jangan lupa siapkan bekalan.

Terang bulan terang cahaya,
Cahaya nampak di Tanjung Jati;
Jikalau hidup hendak bahagia,
Beramal ibadat sebelum mati.

Gambar atas: Diambil di nursery bunga di tempatku. Pokok ni suka cahaya matahari dan daunnya berwarna lebih terang jika kena panas. Walaubagaiman pun ia perlu disiram selalu agar tanah menjadi lembap untuk akar menyerap air.

Gambar bawah: Diambil di tepi jalan Perlop III, Sungai Siput. Keladi liar tak sesuai untuk dibuat sayur kerana banyak yang menyebabkan gatal tekak. Di kampung ku kami ambil keladi minyak yang mempunyai batang berwarna putih kehijauan untuk disayur.

0 comments:

Post a Comment