Wednesday, January 4, 2012

Rumahku Syurgaku

Yang mewah
Yang tersergam
Yang kecil
Yang tinggi
Yang besar

Kekawan yang terserempak selalu bertanya, seronok duduk di rumah? Terbayang di ruang mata mereka aku goyang kaki sehari suntuk dan tak payah menempuh segala kesulitan seseorang yang yang bekerja di luar. Ada juga betulnya tanggapan tersebut. Semasa bekerja dapat pakai baju lawa sikit dan duduk dalam tempat berhawa dingin tetapi selalu kelam kabut di waktu pagi dan keletihan di waktu petang serupa orang kerja di bendang. Jadi bila sudah di rumah kena cari jalan supaya jangan jadi kembar penyapu, sinki atau periuk belanga. Buat mana yang patut, kalau tak larat biar saja asalkan bahagia.

Dulu ada pasang angan-angan bila tak kerja di ofis aku nak kemas rumah sampai semua barang tersusun macam dalam supermarket. Nak ikut slogan: Every place has it's thing, every thing has it's place. Kira satu
impian yang murah dan mudah, tak payah perancangan atau guna stastik. Malangnya implementasi payah, kerana kalau tak ada pembantu, kena guna tulang empat kerat sendiri. Tau sajalah kerja di rumah maksudnya kerja yang tak pernah habis, dari bab ke satu bab yang lain.

Dari dalam rumah ke sekeliling rumah, dari pagi sampai petang dan dalam kelam kelibut hari sudah malam. Tak menang tangan, kalau nak ikutkan tak ada masa pun nak duduk minum.
Orang kata dalam hal kemas mengemas ni bukan berapa banyak kerja yang dibuat tapi cara mengurus kerja. Mak nasihatkan buat sikit-sikit tapi setiap hari. Aku ni kalau mengemas nak sekali gus dalam setengah hari walau bercuti tiga hari. Cepat bekerja cepatlah dapat berehat panjang sambil baca novel, buat gardening atau simply menglamun. Hati berdetik dan berbisik.....syukur duduk di rumah dan berjawatan DO (Dapur Officer), bila-bila boleh berehat dengan secawan kopi.

0 comments:

Post a Comment