Tuesday, April 6, 2010

Apa Salah Telur Ayam

Saja nak sampaikan rungutan kawan yang tak puas hati tentang telur ayam yang digunakan di restoran, di gerai atau di kantin. Yalah banyak makanan kegemaran di Malaysia ni si tukang masak bubuh telur depan kita; contohnya murtabak, roti telur, kuey teow, burger special dan tak lupa mee mamak.

Bukan apa, telur ayam tersebut di basuh ke tidak sebelum diguna kerana telur tu tempat keluarnya sama lorong dengan kotoran. Boleh jadi telur dah jatuh atas tahi, ada yang terpalit tahi atau terkena tahi. Tak percaya cuba survey telur yang dijual di kedai atau supermarket, nampak tersusun kemas dalam tray kertas atau dalam kotak plastik.

Jangan terpedaya dengan lebel omega-3, terang-terang ada dua tiga biji dalam batch tu yang terlekat kotoran. Telur ayam untuk jualan memangnya tidak dibasuh agar 'bloom' pada kulit tidak hilang untuk kekalkan kesegarannya.

Jadi yang nak makan mesti berhati-hati. Kalau sendiri tak kisah maka yang memasak lagi selamba kerana bukan dia yang makan. Cuba perhati, lepas tukang masak pegang telur ayam, dia terus kaut mee atau tebar roti, tabur bawang cincang dan hirisan daun bawang....mana ada basuh tangan.

Tetapi ada tukang masak yang prihatin dan dia letak banner yang mengatakan telur yang diguna telah dibasuh. Sejuk hati, dan terasa makanannya lebih sedap mungkin kerana hati tidak was-was. Teringat kata kawan, pakciknya yang paling berduit bawa telur ayam dari rumah kalau nak makan roti telur di kedai, bayar mesti harga roti canai. Itu masuk bab lain kot, kedekut dan berkira.....

0 comments:

Post a Comment