Sunday, March 11, 2012

Birthday Of My Life

Kaempferia galanga Linn
(Cukur)
Bunga peria
Bunga Ulam Raja
Hemigraphis alternata
'Exoctica'
Pokok Sesudu


A Birthday

My heart is like a singing bird
Whose nest is in a water'd shoot
My heart is like an apple-tree
Whose boughs are bent with thick-set fruit.

My heart is like a rainbow shell
That paddles in a halcyon sea
My heart is gladder than these
Because my love is come to me.


Raise me a dais of silk and down
Hang it with vair and purple dyes
Carve it in doves and pomegranates
And peacocks with a hundred eyes.

Work it in gold and silver grapes
In leaves and silver fleur-de-lys
Because the birthday of my life
Is come, my love is come to me.
(C Rossetti)

Aku tumpang gembira bila ada orang yang sambut birthday, menyumbang beli hadiah, datang bila dijemput dan tolong habiskan makanan serta berkemas mana yang patut. Tapi tak ada teringin nak buat majlis sendiri atau warwarkannya untuk dirayakan di restoren makanan segera atau kedai mamak bersama kawan-kawan. Kata Cik Pah aku takut nak menghadapi kenyataan yang aku semakin hari semakin tua. Cik Pah oiiii!!!.... Bukan tua yang patut kita takuti tetapi sebuah ruang sempit dan gelap itulah yang banyak merusuhkan hati manusia.

Masa di kampung dulu mana ada orang nak menyambut hari lahir, kecualilah yang orang yang berpelajaran dan yang berada-ada. Nak buat kenduri arwah pun terasa sempit belanjanya inikan pula majlis untuk kanak-kanak yang meniru-niru orang bandar. Teringat Cik Siti sepupuku yang berumur dua belas tahun hendak buat majlis birthday, seminggu sebelum itu seluruh budak di kampung dah heboh. Masing-masing tertanya-tanya; siapa yang dijemput, kena pakai baju apa dan kena bawa hadiah ke? Bila tiba harinya aku pun pergi membawa hadiah dan yang memalukan ialah hadiahku yang paling besar. Apa tidaknya. Untuk jimat belanja mak bungkuskan dengan brown paper sebuah dulang kaca yang dia dapat percuma semasa beli sabun basuh untuk ku kelek ke rumah Siti.


Mungkin kalau budak-budak birthday sangat bermakna kerana semakain banyak tahunnya terasa semakin besar dan dewasa. Tetapi bagi yang semakin meniti usia semakin kecut perut teringat berapa banyak lagi umur yang tinggal? Dikhabarkan ilmuan bahawa tarikh kelahiran Rasulullah tidak pernah disambut seperti sekarang ini samada oleh baginda sendiri atau pun para sahabat. Begitu juga setelah baginda wafat hinggalah enam ratus tahun kemudian. Ketika itu barulah ada segelintir orang memulakannya dan acaranya terus ditokok tambah mengikut tempat dan keadaan. Dan orang kata lebih baiklah diingat dari tidak diingat lalu hati berdetik dan berbisik.........alangkah, alangkah...........

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat

Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku

Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

(Raihan)

0 comments:

Post a Comment