Friday, April 16, 2010

Orchids: Cari Tempat Sesuai

Di dahan rambutan
Di celah dahan rambutan

Gambar orkidku yang telah dilekatkan pada dahan pokok rambutan di belakang rumah. Gambar atas: Pokok orkid mini Cattleya dan Brassocattleya mengeluarkan akar yang sihat setelah empat bulan.

Gambar bawah: Pokok orkid ekor tikus tumbuh subur, masih terlekat pada tongkol kayu masa dibeli. Aku cuma ikat kayu di celah dahan. Walau terlekat di pokok, orkid-orkid tersebut masih disembur baja. Sebenarnya inilah habitat semulajadi orkid, tinggi di atas dahan dan akar udara dapat pengudaraan yang baik.

Setelah tengok cara ini berjaya aku mula lekatkan pokok orkid jenis lain seperti phalaenopsis dan dua jenis dendrobium nobile. Dulu buat percubaan dengan tunggul pokok palm yang sudah mati, tapi gagal.

Ini bermakna aku masih banyak peluang nak tambah koleksi orkid kerana ada 2 pokok rambutan besar dan 2 pokok bunga kertas yang masih kosong.

0 comments:

Post a Comment