Tuesday, June 1, 2010

Dahulukan Yang Kanan

1. Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Apabila memakai sandal salah seorang dari kamu hendaklah mendahulukan yang kanan, dan jika melepasnya hendaklah mendahulukan yang kiri. Iaitu agar yang kanan lebih dahulu memakai sandal dan yang terakhir melepaskannya. (HR Bukhari, Muslim)

2. 'Aisyah rha berkata bahawa adalah tangan Rasulullah saw yang kanan untuk bersuci dan makan dan tangan kiri untuk istinj' dan segala yang kotor. (Hr Abu Dawud)

3. Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Jika kamu berpakaian atau wudhu, hendaklah mendahulukan yang sebelah kanan. (HR Abu Dawud, At Termizi)

3. Anas ra berkata: Ketika Rasulullah saw telah sampai di Mina dan melempar jumrah, kemudian kembali ke rumah baginda dan menyembelih korban. Kemudian baginda bersabda kepada tukang cukur rambut sambil menunjuk ke sebelah kanan kepala baginda: Cukurlah ini dahulu, kemudian yang kiri. Kemudian dibahagi-bahagikan rambut baginda kepada orang ramai. (HR Bukhari, Muslim)

0 comments:

Post a Comment