Tuesday, June 1, 2010

Encyclia Hidup Semula

Orkid Encyclia Pokok orkid Encyclia

Gambar bunga dan pokok orkid diambil dari pondok orkidku. Aku tertarik dengan bunga orkid ni kerana warna purple-coklat dan bentuknya yang elegant. Sebenarnya pokoknya tidak besar dan tangkai bunganya hanya setebal hujung lidi penyapu.

Pokok orkid ni ada pseudobulb dengan dua helai daun yang panjang dan tirus. Aku beli satu anak pokok orkid Encyclia kecil dengan hanya empat helai daun beberapa tahun dahulu, harganya RM 5.

Kemudian pokok ni membiak dan saiz pseudobulb yang seterusnya semakin besar. Dapatlah tengok ia berbunga dua kali. Harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.

Mulanya anak pokok reput dan daun semua pseudobulb gugur. Sebab sayang pokok aku biarkan saja dan setelah beberapa bulan dua pseudobulb bertunas semula. Lama juga aku berusaha membaja, menukar pasu dan pujuk agar anak-anak pokok ni hidup subur.

Hasilnya pokok yang di dalam gambar di atas itulah.

0 comments:

Post a Comment