Wednesday, June 23, 2010

Schomburgkia tibicinis

Schomburgkia tibicinisTangkai bunga Dua kuntum bunga

Gambar pokok dan bunga orkid dari pondok orkidku. Orkid ini dari jenis sympodial dengan pertumbuhan baru melalui pseudobulb. Ia mudah membiak dan hidup subur dengan baja kimia yang diberi secara semburan. Nama saintifiknya Schomburgkia tibicinis atau digelar orkid 'cow horn'.

Aku dapat anak pokok orkid ni dari Mak Andak. Sebelum gila orkid kalau ke rumahnya aku hanya kisah apakah pokok mempelam harum manis, kedondong, asam jawa, cermai, mata kucing dan belimbing buluh Mak Andak sedang berbuah. Habis pokok-pokok di sekeliling rumah tu aku periksa. Kemudian lama juga aku tak ke rumah beliau dan bila ke sana ada pula pondok orkid di tepi garaj kereta.

Selain orkid ni dia juga ada beberapa pasu cattleya, dendrobium, vanda dan arachnis. Oleh kerana banyak pseudobulb S tibicinis telah terkeluar dari pasunya jadi aku beranilah minta sedikit anak orkid tersebut. Nak tahu nama orkid mudah saja, aku cari di internet.

0 comments:

Post a Comment