Sunday, July 25, 2010

Balas Kebaikan dan Doa

1. Usamah bin Zaid ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang diberi sesuatu kebaikan maka hendaklah berkata kepada yang memberi 'Jazakallahu khaira' (semoga Allah membalas kebaikan kepadamu). Bererti dia telah memberi pujian secukupnya. (HR At Termizi)

2. Jabir ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Jangan suka berdoa yang tidak baik untuk dirimu sendiri, anak-anakmu dan harta milikmu, janganlah hendaknya doamu tepat pada ketika Allah menerima doa maka dimakbulkan doa itu bagimu. (HR Muslim)

3. Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Sedekat-dekat hamba kepada Tuhan ialah ketika dia bersujud kepada Tuhan. Maka banyak-banyaklah berdoa dalam sujud itu. (HR Muslim)

4. Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: Kerap diterima doa salah seorang dari kamu selagi tidak tergesa-gesa sehingga berkata 'saya telah berdoa tetapi tidak diterima'. (HR Bukhari, Muslim)

0 comments:

Post a Comment