Saturday, July 10, 2010

Limau Nipis

Daun dan bunga
Buah limau nipis

Dua gambar diambil di rumah mak. Ramai orang kenal limau nipis kerana ia banyak digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai bahan campuran dalam makanan dan dijadikan ubat. Nama saintifiknya ialah Citrus aurantifolia. Selain dari buahnya, daun dan akarnya juga bermanfaat kerana ianya dipercayai boleh menghalau tikus jika diletakkan di dalam rumah. Daun limau nipis dan akar pokok saga yang telah ditumbuk dapat menyembuhkan penyakit kurap losong jika disapu pada kulit yang bermasaalah.

Buah dan air limau nipis yang digosokkan pada kuku akan menjadikan kuku lebih bersih dan berkilat. Air limau nipis yang dicampur dengan akar terung cina yang telah dilumatkan boleh menghilangkan penyakit resdung. Caranya dengan melekapkan bahan yang telah lumat pada hidung. Buah limau yang telah dibelah melintang kemudian digosokkan di kulit kepala dikatakan mengurangkan kelemumur dan dapat membuang kotoran pada rambut.

Untuk melicinkan kulit wajah, sapukan air limau nipis yang telah dicampur dengan perahan daun pandan dan putih telur.
Air limau nipis jika disapu pada jerawat boleh menghalangnya dari merebak dan menyebabkan parut. Selain itu air limau nipis yang dicampur dengan kapur sirih dan disapu pada perut boleh memecahkan lemak untuk mengempiskan perut.

0 comments:

Post a Comment