Saturday, July 3, 2010

Orkid Dan Pengat Ubi

Oncidium putih
Oncidium kuning polos

Gambar atas di ambil di nursery bunga. Penjual bunga kata nasib baik aku datang cepat pagi tu kerana bunga-bunga baru saja sampai. Katanya, kalau orkid ramai orang yang minat dan kaki orkid tak lepaskan peluang melihat dan membeli. Si penjual pun pandai juga, ada saja jenis yang baru dipamerkannya. Orkid dendrobium dan jenis monopodial memang banyak tapi aku lebih tertarik dengan Ordontoglossum. Cantik tetapi kalau mengikut standard aku kalau harga lebih dari RM 25 sudah kira mahal .

Gambar bawah di ambil di hadapan restoren di tempatku. Restoren ini extra sedikit, ada jual ubi keladi, sedikit orkid dan kuih muih tradisional. Kawasannya bersih dan dijaga rapi, pokok hiasan dalam pasu subur menghijau. Makanan banyak jenis dan orang kata boleh tahan sedap tetapi ada lagi makanan yang membuatkan aku selalu ke sana. Tak kira untuk brunch atau minum petang, manisan ini yang aku cari dulu. Pengat ubi.

0 comments:

Post a Comment