Monday, July 19, 2010

Pelik Tapi Sedap

Pagi ahad aku ke pasar tani nak mencari ikan keli dan pucuk paku untuk masak hidangan tengahari. Malangnya pusing lima kali cari parking tapi tak dapat. Ramai betul orang, agaknya aku salah masa kerana selalu pergi lebih awal atau lebih lambat bila penjual berkemas nak tutup gerai. Jadi terpaksalah aku balik dengan tangan kosong.

Sebab dah tak ada mood nak masak aku tengok tv TV3 jam 12 tengahari. Kebetulan ada rancangan memasak namanya 'pelik tapi sedap'. Fasal makanan le ni dan ada tiga resepi depa tunjuk. Mungkin ada yang sudah pernah merasa makanan ni tapi aku belum lagi. So nak share resepi.

Pertama, ubi kayu masak asam. Bagi yang biasa masak, bahan utama ialah ubi kayu dipotong wedges. Ramuannya cili padi, kunyit hidup, bawang putih, bawang merah, ikan bilis diblender. Rebus ubi bersama ramuan, campur daun kesum, asam gelugor, garam dan MSG. Bila ubi sudah empuk, angkat.

Kedua, sambal goreng kulit ubi. Ambil kulit ubi (lapisan pink selepas kulit luar warna coklat dibuang) dan direbus. Hiris nipis memanjang kemudian goreng hingga garing. Ramuannya cili kering ditumbuk, bawang merah hiris dan ikan bilis. Tumis ramuan, adjust rasa dengan garam dan MSG. Masukkan kulit ubi dan gaul hingga rata.

Ketiga, ikan sardin masak tempoyak. Bahan utama satu tin ikan sardin, ambil isinya sahaja. Ramuannya cili padi, bawang besar, kunyit hidup diblender. Tumis ramuan yang diblender hingga pecah minyak. Lepas tu masukkan sedikit garam, daun kunyit, ikan sardin and of course tempoyak. Sekian, selamat mencuba.

3 comments:

sweetsal said...

kulit ubi blh goreng..tak pernah tahu pun..ikan sardin masak tempoyak nampak macam sedap..tak pernah cuba lagi..one day blh try resepi baru ni...

Shana Al Jufri said...

rasa cam zaman jepun lak...guna semua yang ada ye..tak membazir langsung he he..dari isi ubi kayu hingga ke kulit u kayu..dan batang ubi kayu bole buat tunas baru

Anonymous said...

KULIT PISANG MASAK LEMAK CILI API AD TAK...HAHA

Post a Comment