Sunday, August 1, 2010

Bunga Melur

Daun pokok melur
Bunga melur

Gambar pokok melur yang ditanam di tepi pagar rumahku. Bunga melur atau namanya saintifiknya Jasminum sambac selalu menjadi pilihan untuk ditanam di perkarangan rumah kerana baunya yang harum semerbak. Pokoknya juga sesuai untuk dijadikan pagar kerana ia tanaman jenis memanjat dan rimbun.

Bunganya yang segar atau dikeringkan jika dimasukkan ke dalam air panas boleh dijadikan minuman yang menyegarkan. Bunga dan daunnya pula dipercayai dapat menghentikan pengaliran susu ibu, menurunkan panas badan dan membersihkan mata. Kuntum bunganya yang dimakan sebagai ulam dipercayai baik untuk memulihkan tenaga.

Akar dan daun pokok bunga melur yang telah ditumbuk lumat berkesan untuk menyembuhkan bisul. Caranya dengan menampalkan bahan yang ditumbuk pada tempat yang bengkak setiap hari hingga ia surut.

1 comments:

Kimie Hashim said...

Akak memang tak follow orang kan..dah agak..

Post a Comment