Sunday, September 19, 2010

Namanya Buah Kerandang

Info tambahan post September 2010: Bolehkah Dimakan?

Buah kerandang

Post terdulu aku tak tahu nama pokok ni tapi bila terjah sana sini barulah dapat sedikit info mengenainya. Nama saintifik pokok kerandang ialah Carissa candas dan khasiatnya ada pada buah iaitu untuk orang yang ingin awet muda. Walaupun buahnya menarik tetapi berhati-hati kalau memetik kerana batang ada duri panjang dan tajam.

Buah yang sudah ranum berwarna ungu kuat namun masih mengeluarkan banyak getah ketika tangkainya dipatahkan. Buah ini boleh dimakan dengan ulam dan sayuran lain tetapi ianya mestilah direbus sehingga mendidih terlebih dahulu.
Tak beranilah suruh mencuba kerana aku pun tak pernah merasa seumur hidup.

2 comments:

Encik MamaT said...

terliur tgk buah ni... dulu kecik2 selalu makan.. sekarang susah cari...

danish said...

Buah ni kalau dimakan rasanya macam limau kasturi...mesti dikunyah dengan biji sekali. Ia baik untuk pernafasan...menghilangkan bau nafas yang kurang enak. Bagus cuba lah.

Post a Comment