Wednesday, October 6, 2010

Encyclia Vespa

Orkid Encyclia vespa
Bunga, close-up
Enc. vespa, pseudobulb

Gambar diambil semasa Agrofest 2010. Orkid ini berasal dari Amerika Tengah, kepulauan Carribean dan Amerika Selatan. Ia boleh tumbuh di kawasan tropika dan dalam iklim tanah tinggi sederhana sejuk. Orkid ini sukar untuk dikelaskan kerana sifat pseudobulbnya yang unik. Ada yang menamakannya Anacheilium vespa. Pseudobulb orkid ini tingginya di antara 5 hingga 20 sm dan terbahagi kepada beberapa ruas. Ianya licin, berbentuk selinder dan berwarna hijau tua.

Di hujung pseudobulb pula terdapat dua helai daun yang berbentuk bujur, lebar dan panjang.
Dari hujung pseudobulb yang matang keluar tangkai bunga yang menegak dengan 5 hingga 22 kuntum bunga. Bunga orkid ini kelopaknya tebal dan keras, selalunya berwarna putih kehijaun dengan bintik-bintik berwarna ungu pada tepalnya.

Orkid ini mudah dijaga dan hidup secara epiphyte. Ia boleh ditanam di dalam pasu dengan meletakkan media seperti sabut reput dan arang untuk menyokong kedudukan akar. Orkid ini mesti ditempatkan di bawah naungan dan lembab. Ia belum begitu dikenali di negara ini.

0 comments:

Post a Comment