Wednesday, October 6, 2010

Ketenteraman Yang Palsu

Aku ingin sekiranya anak-anak ke masjid, ke sekolah atau bermain di luar rumah dengan ibu bapa rasa tenang akan keselamatan diri mereka. Tetapi keadaan tidak begitu. Dalam suasana yang nampak aman tenteram ini kita dengar banyak berita yang mengerikan; anak-anak hilang di taman permainan dan murid alam perjalanan ke tusyen. Tidak cukup itu, anak dara lesap ditipu lelaki, isteri orang di bunuh jiran dan ibu bapa dianiaya oleh anak sendiri.

Hati curiga membiarkan pintu pagar apalagi pintu rumah terbuka. Di kampung dan di bandar terdapat cerita yang sama, orang meceroboh ke dalam rumah kalau tak merompak dan menyamun mereka mencederakan serta membunuh penghuninya. Kesannya anak-anak terpaksa dibesarkan dalam keadaan mencurigai orang lain kerana sudah ramai orang jahat, pelakon dan penipu.

Jadi hiduplah anak-anak dalam rumah yang bergrills pada tingkap dan pintunya, berprasangka buruk terhadap setiap orang yang datang, mendiamkan diri walaupun orang di luar memberi salam. Nilai berprasangka baik pada manusia sudah terhakis dan jangan terlalu mesra hatta pada orang terdekat seperti ipar dan sepupu.

Kalau anak kecil bertanya kenapa kita banyak takut dan curiga maka lebih baik berterus terang tentang keadaan masyarakat ketika ini. Kalau tidak terjadi apa-apa, tak ape lah. Tapi kalau sudah terkena menangis sudah tidak berguna lagi. Hendak menyalahkan diri, masyarakat atau negara? Mungkin kita tertipu sekali kerana terlalai hingga kita kehilangan sesuatu yang berharga. Namun sebagai orang Islam adalah menjadi silap besar kalau kita tertipu buat kali kedua. Berhati-hatilah kerana musuh kita memang ramai dan mereka akan bersorak jika kita tersungkur serta hilang segala-galanya.

1 comments:

LadyBird said...

sukar nk membezakan yg mana manusia yg baik dan sebaliknya.. :(.. kdg2 sukar tuk tidak tertipu.. mereka terlalu pandai berlakon.

Post a Comment