Saturday, December 18, 2010

Berkebun dan bertaman

Bila penyakit rajin berkemas dan mengurangkan barang-barang di rumah melanda, yang pertama aku buat ialah mengumpulkan buku-buku lama. Aku asingkan novel dan buku memasak, menjahit dan mengait serta buku cerita kanak-kanak. Ada yang pergi ke novel hut, ada bagi kekawan dan selebihnya ke perpustakaan sekolah. Yang tinggal hanya buku-buku agama, novel yang aku masih baca termasuk Tenggelamnya Kapal Van de Wijck oleh Dr Hamka. Dan buku gardening.

Memang seronok tengok gambar tulip dan daffodils dalam green houses di Belanda, serta rambling roses dan floribunda pada pagar English cottages di musim panas. Tetapi kalau tak dapat merasa suasana taman macam di Holland dan UK namun sudah banyak bunga-bunganya yang terdapat di sini. Tidak macam dulu yang susah benar nak jumpa petunia dan ivy-leaves geranium dalam hanging basket. La ni satu bakul yang sudah siap harganya hanya RM 15.

Bunga apa yang tak ada? Begonia, prmimula, gloxinia, rechsteineria dll semuanya ada dijual di nurseri. Kalau bunga orang putih hanya kelihatan ketika summer tapi di sini tanaman hidup subur sepanjang tahun. Bersusah payah mereka menanam pokok pisang, nenas dan palma di dalam rumah kaca yang dipanaskan manakala kita melihat pokok ni bersepah-sepah di belakang rumah. So, banyak-banyak bersyukur. Di sini cuma rhododendron yang berasal dari pergunungan Himalaya dan cyclamen yang perlukan suhu lebih sejuk tidak berapa menjadi.


Sebenarnya tak perlulah ada kawasan rumah berekar-ekar baru hendak bertanam dan membuat taman. Dan bila mula menanam pokok beringat dulu kerana pokok perlukan penyelangaraan seperti di pangkas dan dibaja. Bila itu tidak dilakukan takut pula taman jadi hutan. Satu lagi berkebun perlu tulanng empat kerat dan rela jari jemari dikotori tanah. Tak jadi kalau hanya duduk di atas sofa dan membaca buku gardening atau menonton rancangan agro jurnal di tv....

0 comments:

Post a Comment