Thursday, December 16, 2010

Bulbophyllum grandiflorum

Bulbophyllum grandiflorum
Seperti paruh burung
Bunga, close up

Gambar diambil semasa Agrofest 2010. Salah satu dari orkid yang mencuri perhatian pengunjung ialah bunga yang berbentuk muncung alien ni. Walaupun tiada bau dan warna yang menyerlah namun keunikan bentuknya sudah cukup membuat orang kagum. Menelengkan kepala ke kanan dan ke kiri mencari sudut yang sesuai untuk menikmati keindahannya. Dengan hanya tiga kelopak yang warna perang muda kehijauan dan sedikit bintik putih pada kelopaknya membuat hati berdetik dan berbisik; ini orkid juga ke?

Orkid ini berasal dari New Guinea, tergolong dalam kumpulan Hylosema genus Bulbophyllum. Ia tumbuh dengan robust samada dilekatkan pada batang kayu pokok pakis atau dalam bakul dengan media tanaman seperti sabut dan arang. Warna bunga yang sebenar ialah coklat kemerahan dengan saiz sehingga 10 sm. Bentuk bunganya pula seperti paruh burung. Pokok orkid ini memerlukan baja dan air yang banyak di awal tumbesarannya.

Mungkin orkid ni hanya dapat aku dibadikan dalam gambar saja kerana hendak memilikinya bukan mudah. Belum ada nurseri biasa yang menjual pokoknya dan kalau ada harganya tentu jauh dari kemampuan aku. Tak mengapalah.....sekurang-kurangnya dapat melihat
orkid pelik dengan mata kepala sendiri dan menyimpan gambarnya sebagai kenangan.

2 comments:

...Nur Insan..... said...

salam... sy jga meminati orkid [tpi lebih meminati tulip^^]... ini first time sy jmpa orkid aneh ni... thnkz ats info..
.

[awlnya sy ingtkn ni gambr Nepenthes@periuk kera...huhu.. silap memandang]..

salam ukhwah...^^

Sarihani Falahi said...

pertama kali saya melihat dan menyentuh tulip sebenar, subhanallah...indahnya.

insyallah saya akan upload gambar nephantes, itupun cnatik juga

Post a Comment