Saturday, December 18, 2010

Merahnya Mak Ngah

Poinsettia
Daun merah menyala
Berbunga di hujung
Close up bunga
Close up daun

Gambar diambil di nurseri bunga. Tak ada niat pun nak promote pokok yang jadi simbol hari perayaan golongan tertentu. Cuma hati berdetik dan berbisik teringat iklan Amanah Saham Nasional ....merahnya mak ngah. Nama saintifiknya pokok ini ialah Euphorbia pulcherrina atau dikenali sebagai Poinsettia. Daun berwarna di hujung dahan yang menjadi penarik pada pokok ini ada yang berwarna putih, pink atau merah. Pokok membiak dari keratan batang.

Dulu-dulu ia ditanam di halaman rumah kerana pokoknya sederhana besar dan rendang. Tetapi tidaklah sampai sebesar pokok manggis atau nangka. Oh ya....saiz pokok ni sebesar pokok ubi yang digelar ubi pahit. Pokok ubi ini bercabang-cabang, dan mempunyai buah kecil berwarna hijau di hujung rantingnya. Ia ditanam bukan untuk mendapatkan ubinya tapi sebagai teduhan. Selalunya ada bangku kayu didirikan di bawah pokok ubi ini.

Kini bahan kimia telah digunakan untuk mengawal pertumbuhan pokok poinsettia agar tidak terlalu tinggi, jadi lebih rendang dan bercabang-cabang. Daun berwarna ni pun keluar sekata dan boleh tahan selama 2 hingga 4 bulan lamanya. Aku fobia tanam pokok yang berdaun lebar macam poinsettia, kemboja dan cempaka kerana daun yang gugur kena pungut untuk elakkan bersepah. Tentnag pokok berbunga merah ni mungkin orang kita kurang gemar padanya kerana macam ada kaitan dengan jingle bells...jingle bells.

5 comments:

Usagi said...

eh...eh...ingat bunga warna merah tadi, daun rupanya:)
cantik....cantik

Anis Zahorin said...

hoo~wowow merah u..i loike..
tgok suke la.

Sarihani Falahi said...

....bila dah upload di sini baru tau ini betul-betul merah...

Unknown said...

wah...unik..daun warna merah...biase ijau je.

Wahida Nasution Thakhrim said...

yea la.. kalau dah dekat hari krismas pokok ni banyak sangat dijual.. mungkin sebab tu tak ramai yang suka tanam pokok ni..
saya suka sebab warnanya terang.. nampak berseri2 dan jelas..

Post a Comment