Saturday, December 25, 2010

Pokok Kaki Angsa

Disokong tiang kayu
Daunnya pecah lima
Buah dari batang

Buah masih muda
Buahnya yang masak

Semua gambar diambil di belakang rumah mak. Pokok ni memang dari dulu-dulu sudah di tanam oleh orang kampung sebagai penyeri di halaman. Ia mudah tumbuh dan kekadang kelihatan melekap di batang getah, pokok kelapa sawit dan pokok-pokok lain yang tumbuh dalam kebun dan belukar. Nama saintifik pokok ini ialah Syngonium podophyllum atau goose foot plant (kaki angsa) dan arrow-head vine sempena daunnya yang unik.

Mulanya daun muda berbentuk kepala panah dan lama kelamaan ia berubah. Apabila matang daun terpecah kepada lima bahagian dan kelihatan seperti tapak kaki angsa. Batang pokok mengeluarkan akar yang melekat pada kayu penyokong agar pokok terus meninggi untuk dapatkan cahaya matahari.

Pokok di atas ditanam oleh arwah abah dan sudah setinggi 8 kaki. Pucuk pokok ini pun sudah ketahap maksima di atas kayu penyokong. Tuannya sudah pergi, pokok jadi rimbun dan semak kerana kurang jagaan. Aku perasan banyak buahnya ketika hendak mengambil daun pandan. Bila teringat cucu-cucu mak yang suka bermain masak-masak di belakang rumah kalau balik kampung; hati berdetik dan berbisik.....eloklah pokok ni ditebang, buahnya seakan pisang emas dan merah saga, nampak sedap entah-entah beracun.

1 comments:

ctpayong said...

salam
ini pokok panjatkan yg selalu kita dapat memanjat pokok2 lain. boleh jugak buat decoration masuk dlm balang berisi air kan. tak sangka pulak ada buah@bunga...cantik!

Post a Comment