Wednesday, December 8, 2010

Siapa Pengacau?

Semut pada daun
Lalat pada bunga
Lebah pada bunga
Lalat pada daun
Lebah pada bunga

Gambar diambil di nurseri bunga, di halaman dan di dusun buah-buahan. Kekadang ketika sedang teruja merakam gambar ada pula yang menyibuk lalu lalang tapi aku teruskan juga snap! snap! Ada semut, lebah dan lalat, jadi ini kes siapa yang ganggu siapa? Besar kemungkinan aku yang menyibuk kerana mereka ni datang menziarahi bunga atau hinggap di daun sebab ada tujuan yang tertentu. Mencari makan, bukan lawatan sosial sambil bersantai. Hati berdetik dan berdetik, akulah yang menjadi pengacau.

Semua makhluk kecil ni masing-masing ada agenda tersendiri iaitu mencari rezeki seperti yang telah diilhamkan oleh Allah swt. Sibuk sungguh si lebah ke sana ke mari, hinggap dari satu kuntum bunga ke kuntum bunga yang lain. Jangan samakan manusia macam lebah kerana lebah tidak mengotorkan atau merosakkan tempat ia hinggap malah datang membawa manfaat kepada bunga
.

Fad yang aku tunjukkan ada serangga sebesar dot di dalam gambar komen kenapa tak cari kamera yang lebih power? Tak payah nak kecilkan mata nak fokus di mana ia berada. Aku kata nantilah......sebab guna compact camera m.pixel 7.0 cukup mudah, camera pun boleh sumbat dalam handbeg. Dengan kamera mahal tentu kena bawa peralatan, tripod dan beg sandang berisi assesori ke sana sini. Aku ni pula takut ghalit dengan fotografi, jadi siapa pula nak masak, kemas, jaga orkid dan .......

0 comments:

Post a Comment