Tuesday, December 14, 2010

Slipper Orchids

Pokok orkid Paphiopedilum
P. Roflix x
P. malipoense
P Hsiu Ying Otto
P. dayanum
P shireen
P. villosum
Paphiopedilum spp

Semua gambar di ambil sewaktu Afgrofest 2010. Orkid Paphopedilum adalah orkid yang boleh di temui di negara China, India, Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik. Ia dipanggil slipper orkid kerana bentuknya yang unik iaitu dengan bibir bunga yang sangat ketara. Orkid ini tumbuh secara terrestrial di atas tanah yang banyak dedaun reput dan lembap. Ia termasuk dalam kumpulan orkid sympodial tetapi tiada pseudobulb dan setiap tunas baru yang matang akan mengeluarkan bunga hanya sekali.

Dulunya aku kurang berminat dengan orkid Paphiopedilum kerana menganggapnya tumbuhan dari di kawasan dingin. Bila melihatnya di Taman Orkid KL atau di pameran orkid aku cuma pandang sepintas lalu. Kemudian bila ke Sabah aku dapat brochure tentang orkid Paphiopedilum sanderianum yang tempat asalnya dari Borneo. Orkid ini sangat spectacular kerana bunganya mempunyai janggut yang ikal panjang.

Ada lebihkurang 80 spesis Paph dan banyak lagi hybrid yang telah dihasilkan oleh pembiak orkid dari seluruh dunia. Orkid ini memerlukan kelembapan tinggi dan suhu antara 13-35C untuk hidup subur. Apapun ia merupakan orkid 'mahal' dan ada kelas tetapi ada orang yang pernah menanam kata dia terpaksa tunggu bertahun-tahun baru nampak bunganya. Hati berdetik dan berbisik, itupun sekiranya berbunga, kalau tak?

0 comments:

Post a Comment