Tuesday, January 4, 2011

Ordontoglossum

Ordontoglossum
Odm Tiger Barb 'Yellow'
Ordontoglossum
Ordontoglossum
Ordontoglossum

Semua gambar diambil semasa Agrofest 2010. Selepas beberapa tahun mencuba orkid yang biasa ditanam seperti Dendrobium, Mokhara dan Cattleya hati terbuka hendak menanam yang lain. Lebih-lebih lagi bila melihat di pameran dan pertandingan orkid ada sejenis orkid yang lawa namanya Odontoglossum. Warna dan bentuknya sangat menarik. Bila tengok pokoknya lebih kurang macam Oncidium maka bertambah confident akan berjaya. Bila tanya si penjual katanya tak ada masaalah, senang dijaga dan cepat berbunga.

Sebenarnya Odontoglossum ialah salah satu genus dalam famili orkid. Ia berasal dari bahagian barat dan tengah Amerika Selatan. Orkid ini banyak didapati di tanah tinggi dengan cuaca sejuk dan berkabus terutama pergunungan Andes. Namanya bermaksud gigi dan lidah bersempena dengan bentuk pada bahagian tengah bunga. Singkatan namanya ialah Odm dan pertumbuhannya secara simpodial dengan pseudobulb yang lebih besar dan berisi. Orkid yang tumbuh di kawasan tinggi boleh mengeluarkan sehingga 150 kuntum bunga manakala orkid tanah rendah kurang dari 20 kuntum.

Kerana bunganya yang lain dari orkid biasa jadi Ordontoglossum selalu menjadi tarikan ramai termasuk aku. Walaupun aku sudah pernah menanam tiga atau empat pokok tapi tiada satu pun pernah berbunga. Pada Agroofest yang lalu entah macamana sekali lagi aku terbeli 2 pokok Ordontoglossum meskipun dari rumah sudah berazam tidak akan terpedaya lagi. Hati berdetik dan berbisik.......janji pencinta orkid, bila dah jumpa orkid cepat benar mungkir janji.

0 comments:

Post a Comment