Wednesday, February 2, 2011

Arundina Bambusifolia

Tumbuh liar
Daun runcing panjang
Kuntum dan bunga
Bunga, close-up
Buah

Anak pada batang

Gambar diambil di rumah Cik Dah dan di Kampung Kepayang. Nama saintifik orkid ini ialah Arundina bambusifolia, berasal dari kawasan Asia Tenggara dan dikenali juga sebagai orkid buluh atau 'Tapah weed'. Ia tumbuh meliar di tebing jalan dan belukar terbuka. Bila melihat orkid ni dalam perjalanan ke Cameron Highlands aku nak berhenti ambil gambar tetapi K tak mahu. Bahaya katanya, nanti disondol keenderaan dari belakang. Kebetulan pula pokok orkid ni suka tumbuh di selekoh jalan, di tempat yang curam dan di kawasan semak samun yang terlindung.

Orkid Arundina ada sentimental value untukku kerana masa di kampung dulu aku selalu melihat Mak usu berlatih melukis 'still life' gunakan pokok orkid ni, orkid bulan dan bunga raya. Sayangnya kebanyakan lakaran Mak usu tidak menjadi dan dia gelabah sebab cikgu akan minta lukisan tersebut. Dipendikkan cerita aku tolong dia melukis dan dia buat kerja yang aku tak berapa suka iaitu memasak. Mak usu lebih berbakat memasak dari melukis kerana lukisan tingkatan tiganya sama dengan lukisanku yang dalam darjah lima. Jadi sementara menunggu ubi rebus dan sambal tumis ikan bilis yang nenek order siap sempat juga aku buatkan homeworknya.

Tak susah menanam orkid Arundina kerana nenek moyang pun sudah tunjukkan cara menanamnya. Masukkan tanah bakar dalam bekas seperti baldi bocor atau tin minyak tanah, letak pokok dan tutup perdunya dengan campuran sabut dan tanah. Baja? Tak pernah.....yang ada cuma disiram pada waktu petang. Subur juga rumpun orkid ni dan Mak usu pun tak pernah putus bekalan 'model'nya.

4 comments:

Anonymous said...

Salam,

Saya pun ada menanamu arudina ni. Dulu saya ambik pokoknya semasa dalam perjalanan ke Cameron Highland. Tak berhenti berbunga walaupun tak banyak.

SF said...

salam.....di tepi jalan ke CH memang banyak...free for all. Bunga di tangkai setangkai dua tapi tak putus2. Sya belum ada orkid ni

yangbaik said...

selamat,

pernah tanam pokok tu dulu... dah lama sangat adalah 20 tahun lebih, itupun mak yang tanam ambil benih kat highway timur barat (gerik)... belum lagi bawa ke rumah sendiri... bunganya cantik dan tak suah nak jaga..

MulutPayau said...

mmng cantik bunga orkid ni...sng jaga...tapi orkid yg Mp beli kat nrsry bunga dah stahun tak jgk kluar bunga......

Post a Comment