Friday, April 1, 2011

Kabus Dan Mendung

Petang yang suram
Mendung
Bukan pokok pine
Gelap dan terlindung
Suasana berkabus

Gambar pemandangan sebelum masuk terowong Jelapang dari arah Ipoh. Kalau lalu di situ pada waktu siang tentu nampak lereng bukit dengan hutan tebal di sebelah kiri dan tebing batu yang di tarah di sebelah kanan. Keadaan yang mendaki membuat keenderaan bergerak perlahan di atas lebuhraya tiga lane. Kalau bernasib baik boleh melihat air terjun dicelah-celah rimba yang hijau dan beberapa tempat bekas tanah runtuh di tempat yang curam. Para penumpang bolehlah memandang ke belakang.........bukan nengok hantu tapi nun jauh di bawah sana terletak bandar Ipoh yang aman damai.

Dan gambar di atas diambil pada wkatu petang selepas hujan lebat. Jadi keadaan nampak berkabus dan gelap. Aku memang teruja dengan gambar lembah, bukit bukau dan gunung ganang, berangan hendak melihat banjaran Himalaya atau Pamir, Bhutan dan Tibet. Teringat suatu ketika aku membeli kosmetik bukan kerana suka produk atau nak bermuka licin gebu tapi teruja dengan cerita promoter. Khabarnya rata-rata penduduk di suatu lembah di antara gunung tinggi konon panjang umur dan awet muda kerana makan minyak biji buah aprikot. Jadi semua produk jenama ini berasaskan minyak dari buah tersebut. Sambil menghafal kegunaan cleansing foam, toner dan moisturiser aku cari tentang Lembah Hunza di Pakistan. seperti yang dikatakan. Aduhai, memang cantik tempatnya, air jernih mengalir dari gunung, kebun-kebun yang berteres dengan pokok aprikot yang sedang berbunga. Dulang dan tikar terhampar di halaman rumah untuk mengeringkan buah-buahan.

Aku bukan pengguna kosmetik yang baik dan taat. Tak sempat habis produk tu aku guna aku sudah jemu dengan rutin cuci muka setiap malam. Lekas ingat
balik petua yang lebih murah dan mudah digunakan untuk licinkan muka dan cegah jerawat. yang diajar emak. Di kampungku dulu mana pernah dengar minyak aprikot? Hati berdetik dan berbisik.........lain padang lain belalang, nenek moyang cuma guna campuran air asam jawa dan tepung ubi untuk ditepek di muka. Insyallah berkesan juga.

2 comments:

Khuzrin Kamarudin said...

Cantik gambar... :)

Sarihani Falahi said...

Diambil oleh teman setia, Nikon coolpix

Post a Comment