Tuesday, July 19, 2011

Bunga Raya Kita

Bunga raya asli
Import dari Hawaii?
Kelopak kerinting
Putih dijadikan ubat
Dijual di nursery

Dua perkara yang aku ingat tentang bunga raya ialah bedah bunga dalam kelas biologi dan pokok bunga di halaman rumah sewa pertama. Ketika sekolah menengah kebetulan rumah jauh dari sekolah jadi susah nak bawa bunga naik bas sejauh 16 km dan sebelum tu berbasikal 1 km dari dalam kampung. Kata Mrs Singam cikgu sains yang garang macam singa tu, everbody must have her own hibiscus! Tak ada jalan lain kecuali mencuri bunga raya dari perkarangan rumah rehat dekat dengan sekolah. Apalagi pengurus rumah rehat beri amaran pada guru besar jangan sampai anak muridnya asyik mengambil bunga dari sana.

Bila bekerja rumah sewa yang aku diami hanya ada tanah selebar 2 meter kali 4 meter di bahagian hadapan. Ada sepokok bunga raya warna pink jenis kelopak berlapis ditanam oleh tuan rumah ditengah-tengah halaman itu. Setiap hari kalau rindu kampung dan kehijauan lalu renung pokok yang sebatang itulah.

Banyak beza bunga raya zaman dahulu dan sekarang iaitu saiz bunga, bentuk daun dan warnanya. Agaknya kebanyakan bunga raya yang ditanam dan dijual sekarang ni jenis import. Pernah kawan menghantar pos kad dari Hawaii dan bunga raya di sana semuanya jenis besar, daun tebal dan lebar dengan warna yang sangat menarik. Tapi apa pun aku suka tengok bunga raya merah kelopak selapis yang kelihatan seperti lantern tergantung. Lagi cantik kalau pokoknya dibiar sebatang dan daun merimbun setinggi 1 meter dari tanah. Hati berdetik dan berbisik patutlah bunga ni jadi bunga kebangsaan kita, tahniah pada yang memilih.

0 comments:

Post a Comment