Tuesday, December 27, 2011

Tunggu Dan Tunggu

Pokok orkid Lc atau
Laeliocattleya

Ada empat kuntum
Bila kembang
Lc Nertasiri Waxy
Yellow/pink lips

Tiga gambar atas dari pondok orkidku dan yang dua di bawah dari Agrofest 2011. Kan betul, menanam orkid tak sesusah yang disangka kerana pokok orkid yang akarnya berburas hingga terkeluar pasu pun boleh berbunga cantik. Biarkan pokok....biarkan hingga bertahun-tahun sampai banyak pseudobulb terkeluar dari pasu pun tak ngapa. Nampaknya pseudobulb ini lebih baik dari yang terperuk dalam pasu. Tapi sebenarnya dalam keadaan pokok macam ni ada dua perkara yang orang boleh deduce. Iaitu tuan punya malas dan tidak lagi peduli tentang kebajikan orkidnya atau nak biarkan orkid hidup secara natural. Menjalar ke mana yang ia suka, ke kiri atau ke kanan, ke atas atau ke bawah asalkan berbunga sudah.

Malangnya ramai tak tahu bila pokok yang macam ni dipotong-potong dan cuba ditanam semula dalam pasu yang baru ia akan mengambil masa nak besar dan berbunga. Ada yang merajuk sampai tak pernah berbunga lagi. Jadi dari tak dapat apa-apa biarkan saja ia hidup berdikari. Orkid ni memang jenis kelopak bunganya tebal, berkilat seperti disepuh lilin dan berwarna terang. Bunganya pun ada yang wangi. Lc adalah singkatan dari Laeliocattleya hasil dari kacukan orkid Cattleya dengan Laelia (yang kebanyakannya berasal dari Mexico) untuk menghasilkan pokok yang mudah dijaga dan berbunga cantik. Pokok orkid Laelia lebih kecil dari Cattleya, lebih tahan pada keadaan kering dan elok jika akarnya dibiarkan terjuntai untuk mendapat udara.

Bila terserempak dengan Cik Yus katanya Agrofest 2011 ditunda lagi. Dari lepas raya kepada bulan Disember dan seterusnya bulan Januari tahun depan pulak. Boleh caya ke sebab bulan Januari dah dekat bebenar dan tarikh yang khusus pun tak ada yang tahu. Kata K yang pandai buat andaian, ini mesti ada orang beso nak datang dan ada kaitan dengan kempen pilihanraya. Aku frust betul sebab kena menunggu bila dapat beli orkid lagi. Bila agaknya tarikh yang betul. Hati berdetik dan berbisik......hai orang di sana, tak baik tau hampakan harapan raykat yang kerdil dan tak banyak kerenah macam aku ni.

2 comments:

Rafi Harumin said...

Assalamualaikum.

Cantiknya bunga-bunga orkid. Sekiranya ibu saya melihat pasti beliau teruja kerana dahulu beliau memang menanam bunga termasuk orkid.

Ibu sudah lumpuh sebelah badan sekarang...

Sarihani Falahi said...

Salam

Orkid memang bunga yang cantik dan istimewa. Ada yang berbau sangat wangi

Semoga ibu cepat sembuh dan dapat menikmati semula keindahan bunga-bunga orkid kegemaran beliau itu

Post a Comment