Thursday, January 12, 2012

Deghoyan Dah Berbunge

Bunga durian
Masih kuncup
Close up bunga
Bunga yang gugur
Bunga dan buah
pada satu dahan


Lirik Lagu Durian Dah Berbunga

Oh kome, deghoyan dah berbunge
Moh kite minang anok dare
Anok dare, anok dare kote
Teman jumpe di Padang Tenggale

Kate deme, sakit jatuh cinte
Sakit lagi bile jatuh tangge
Kate deme, cinte itu bute
Nasib baik teman tak merabe-rabe

Bile musim deghoyan
Deme mule bengkeng
Jangan silap sikit
Nanti deme tengking

Kalau musim deghoyan
Ramey berani nampor
Ape deme nak heran
Saman boleh bayor

Oh kome, dengoyan udah luroh
Lebih baik cepat pegi suloh
Lambat sikit kome dapat habuk
Kalau tido jawabnye tinggey pokok
(padan muke)

Duit deghoyan, yang tue nak ke mekoh
Yang mude gatey nak menikoh
Musim deghoyan banyok sedare mare
Bila nebas, seko tak nampak muke
(Mr Os)

Gambar-gambar diambil di Gopeng. Tanda musim durian sudah tiba bagi kami ialah bila kenderaan kami berselisih atau memotong di jalanraya lalu ada bau durian walaupun kelibat buahnya tak kelihatan. K akan kata jom cari durian! Kami akan lalu di mana tempat yang selalunya ada menjual, singgah jika terserempak dan beli empat lima biji untuk dibawa pulang. Menunggu K memilih durian satu hal. Dia ada beberapa petua yang diamalkan tapi aku rasa semuanya tak berkesan pun. Ini terbukti bila dah sampai ke rumah. Durian yang dikata elok tadi apabila dibuka ada saja yang kantoi.

Petua K pilih doyan,
pertama ialah tengok saiz buah. Kalau besar sangat tak ambik kerana harga tentu mahal. Nanti tak larat makan isi yang sejenis aje. Kalau dapat kuning bak tembaga, berkrim dan manis, ada beberapa kucing tidor tak mengapa. Tapi bila tak ada rezeki dan dapat yang banyak biji, isi nipis dan tawaq hebiaq bercinta nak habiskan. Lepas tu baru perhati tangkai, jangan ambil buah yang tak bertangkai atau tangkai kecut. Pasti ini buah jatuh paksa (bukan ditebuk tupai) atau buah dari dahan yang sekah. Periksa kulit kalau ada lubang atau sudah merekah. Kemudian cium kerana durian tak berbau maknanya belum masak. Last sekali goncang kerana isi durian yang kering (durian bukit) tidak berair dan lekang dalam pangsnya. Jangan pilih yang berat kerana durian begini banyak biji dan berkulit tebal.

Bila aku masuk campur turut memilih kekadang jadi bergaduh kerana apa yang aku pilih semuanya dia tak berkenan. Sebaliknya apa yang dia pilih aku tolak pula. Sudahnya suruh penjual cari mana yang terbaik. Tapi mana dia tahu kalau buah sudah bertimbun dan dia pun hanya tukang jual aje. Kekadang bila sudah banyak kali dapat durian mangko (kata orang Perak) kami akan menyusur jalan kampung dan berhenti di gerai-gerai kecil yang menjual hanya beberapa biji durian. Soalan pertama.........ini dari pokok sendiri? Hati berdetik dan berbisik.........walau ada durian kawin dan durian D24 serta Musang King yang isinya tak boleh dipertikai tapi dapat makan durian kampung lagi thrill.

2 comments:

Hanis Azla said...

first time tgk bunga durian tu.. cantik rupanya.. betullah, wp dah puas dgn musang king, D24, durian kampung ttp tak boleh tinggal..

Sarihani Falahi said...

Durian kampung.........ada kenangan katika memakannya ie dengan adik beradik masa kecil dulu, di dusun dan berebut-rebut...

Post a Comment