Thursday, May 3, 2012

Comelnya Orkid Brassocattleya


Brassocattleya Vida Lee
Brassocattleya
Bc Makai Mayumi
Brassocattleya
Brassocattleya

Empat gambar orkid di atas diambil dari pondok orkidku. Gambar terakhir diambil di gerai menjual orkid Agrofest 2010. Brassocattleya adalah sejenis northogenera iaitu hybrid atau kacukan dua genus orkid. Kacukan tersebut ialah di antara orkid genus Cattleya yang memang terkenal kerana bunganya yang besar dan splendid dengan orkid genus Brassavola yang mempunyai kelopak yang runcing. Salah satu keunikan orkid kacukan ini lip bunga ada bintik-bintik dan kelopaknya lebih tirus kerana mewarisi sifat bunga orkid Brassavola.

Selalunya kalau ke pameran orkid, sambil meronda di gerai-gerai jualan memang seronok melihat gelagat para peminat orkid dan curi dengar mereka bersembang. Yang profesoional nampak confident dan yang baru nak cuba 'berorkid' pula takut-takut nak membeli. Pertanyaan pertama tentu tentang harga pokok kerana orkid seakan tanaman untuk orang berduit. Ramai yang seriau nak menanamnya kerana risau memikirkan perbelanjaan baja, racun serangga dan kulat yang akan dibeli kelak.

Setakat ini empat jenis Brassocattleya yang aku tanam tidak menghampakan. Oleh kerana pokok dan hunganya lebih kecil dari orkid Cattleya jadi ia cepat bertunas baru dan matang. Setiap pseudobulb yang matang akan mengeluarkan 2 hingga 5 kuntum bunga. Brassocattleya putih dengan lip warna purple tu baru pertama kali berbunga. Anak pokok diberi percuma oleh tuan punya nurseri kerana aku membeli sepokok orkid Vanda berharga RM 50. Iaitu orkid termahal yang pernah aku bayar......hati berdetik dan berbisik, alhamdulillah pokok Vanda ni pun masih hidup lagi baa...

0 comments:

Post a Comment