Wednesday, May 9, 2012

Kawanku Yang Setia

 Cili padi
 Bunga ulam Raja
 Daun kesum aka 
cenohong
 Sunflowers
Bunga kucai
Bila jumpa dengan kawan-kawan yang paling seronok ialah berborak, bersembang, gosip aka menganyam ketupat, makan dan minum. Meriah dan gembira bertukar-tukar cerita dari satu bab ke satu bab yang lain. Riuh rendah.....tapi sesekali ada hati yang terguris bila ada seseorang bercakap lebih kurang. Yang terkena telinga terasa panas sedangkan yang bercakap tak sedar api sudah makan dalam. Tapi namanya kawan baik dan sudah tahu perangainya jadi buat sementara waktu kenalah bersabar dan senyum walaupun senyuman separa kelat.

Namun ada juga orang yang tak suka banyak cakap, riuh rendah ataupun membaca buku. Dia lebih suka tanam menanam pokok untuk menghilangkan kemarahan, kekecewaan dan sakit hati. Jadi bila rasa tertekan dari mengomel sorang-sorang di rumah lebih baik pergi melayan pokok di halaman. Banyak manfaatnya untuk diri dan orang lain terutama kes cedera perasaan yang susah hendak diubat.

Ada orang kata buku lebih reliable dijadikan kawan setia kerana sentiasa berada di sisi. Nak baca diambil dan bila letih atau bosan letak lalu buat kerja lain. Ia tidak akan merajuk dan menghilangkan diri tanpa pesan. Aku setuju sangat kerana buku boleh diletak di bawah katil, di tepi rak pinggan dan diselit di sofa agar mudah dicapai tangan. Sebagai peringatan berkebun ni biarlah ada serba sedikit ilmu. Kalau tidak hanya rugi masa, wang ringgit dan perasaan. Pokok yang dibawa balik dari nurseri cuma dibiarkan di porch atau kering dalam polybeg. Hati berdetik dan berbisik......kesiannya pokok, jadikanlah ia pendengar yang baik walaupun bukan lawan berbual.

2 comments:

Chitty Boy and Me said...

nak tanya, daun kucai ada bunga ke? baru tahu hari ini....
satya
http://chitty-boy.blogspot.com

Sarihani Falahi said...

pokok tu nampak macam kucai je, kalau tak pun adik beradik bawang. Gambar diambil di garden orang

Post a Comment