Thursday, September 2, 2010

Miltonia or Pansy Orchid

Orkid Miltonia
Orkid Miltonia
Orkid Miltonia
Orkid Miltonia

Semua gambar diambil semasa pameran Agrofest 2010. Miltonia atau pansy orkid memang menarik hati dan nampak lucu terutama miltonia jenis mini. Pokok orkid ini hanya 5 hingga 6 inci tinggi tetapi warna dan bentuk bunganya membuat ramai orang terpesona.

Sebelum pameran aku dah berazam tak mahu beli pokok orkid yang tak berbunga. Dari pengalaman sendiri dua benih pokok miltonia berbunga besar yang sudah dua tahun menjaga tak juga mahu berbunga. Pokoknya gemuk dan subur, malahan ada pseudobulbnya yang sudah melimpah keluar pasu. Namun aku tetap berharap satu hari nanti pokok akan berbunga juga.

Melihat orang ramai berkerumun di salah satu gerai orkid lalu aku pun menjengok. Rupanya seorang lelaki sedang menerangkan tentang sejenis hormon yang boleh paksa pokok orkid berbunga. Sebotol RM 4 mungkin isinya 50 gm. Katanya buat bancuhan 1 gm sebuk hormon dengan satu liter air. Sembur pada pokok seminggu sekali. Aku pun beli sebotol tapi sampai sekarang dah dekat 2 bulan berlalu masih belum dicuba lagi. Salah satu penyakit yang aku memang susah nak buang....suka bertangguh.

Kejutkan Yang Terlena

Kejutkan orang dari tidur bukan satu kerja glamor dan mudah. Kalau di bulan Ramadhan ni mereka dikejutkan supaya dapat bangun sama-sama bersahur. Macam-macam cara dilakukan; guna jam loceng, panggil nama, ketuk pintu dan renjis air atau sapu air pada muka. Kalau pujukan tak lut maka jalan menggertak serta ugut pun ada juga.

Ini satu perkara, belum lagi bangunkan untuk solat subuh, untuk buat kerja rumah, untuk ke kelas, tolong masak untuk berbuka, bertadarus dan bertarawih. Setiap hari diberi peringatan; begini dan begitu sambil menimbang kata-kata sebab ketika ni sedang berpuasa. Cakap terebih dikatakan meleter dan kalau sedikit sangat tidak pula mahu diikutnya. Banyak cakap banyak salah dan bila banyak salah tentu berdosa.

Jika direnung dengan mendalam rupanya kerja mengejutkan orang memang satu kerja berat. Apalagi jika orang yang sedang dalam zon selesa. Sudah tentu angan-angannya di langit tinggi, menjelajah dari satu mimpi kesatu mimpi yang lain. Jika terjaga pun dia masih dalam khayalannya; masih
tidur walau mata dan telinga terbuka lebar, eyes opened without seeing and ears opened without listening.

Dalam aku merungut susahnya mengejutkan orang ni K berkata: Memang susah, itulah tugas para Nabi dan Rasul hingga ada yang digergaji kepala macam Nabi Zakariya as dan ramai lagi yang dibunuh seperti yang diceritakan dalam Al Quran. Bukankah manusia ini sentiasa dalam kelalaian, mengabaikan petunjuk bahkan menolaknya. Menyalahkan serta membenci orang yang memberi peringatan dan ingin menolong mereka? Cerita berat ni.

Nampaknya aku dapat satu pengajaran di Ramadhan ini, kena bersabar dan teruskan tugas walaupun nampak remeh. Mungkin aku boleh kejutkan orang dari tidur tapi aku tak mampu untuk membangunkan mereka. Aku mengaku segala kelemahanku dan sedar bahawa aku juga di antara orang-orang yang terlena......

Bolehkah Di Makan?

Pokok dan buah
Buah muda
Buah merah
Buah merah dan ungu

Sebiji macam anggur

Gambar diambil di sebuah taman perumahan. Setiap kali lalu di hadapan rumah ni untuk ke pasar malam aku tenang pokok di luar pagar yang sedang berbuah lebat. Daunnya hijau rimbun dan buah-buahnya yang merah terang dan ungu cantik di celah-celah daun. Hati berdetik dan berbisik, pokok apa ni?

Kebetulan satu pagi aku lalu lagi di situ lalu memberhetikan kereta. Tinjau dari luar gate, rupanya rumah orang China kerana ada tokong merah di sudut halaman. Hello, helloku disambut suara Bibik Indon yang sedang menyuap makanan pada seorang anak kecil. Aku kata: Cantik pokok ni, boleh ambil gambar?

Setelah siap ambil gambar aku minta setangkai buah untuk disemai sambil meletakkannya di atas boot kereta. Aku tanya Bibik bolehkah
buah ni dimakan? Kata nya ngak tau, tapi ramai orang yang minta buat benih. Bila aku sampai ke rumah baru perasan yang buah di atas boot kereta sudah hilang mungkin terpelanting ketika aku memandu tadi.

Terasa benar ruginya, tapi...sebenarnya ini buah apa ye?

Wednesday, September 1, 2010

Go Inside A Stone

Batu-batu sungai
Batuan di tebing sungai
Batu yang sedang dihakis
Benteng batu sungai

Go Inside A Stone

That would be my way
Let somebody else become a dove
Or gnash with a tiger' tooth
I am happy to be a stone

From the outside the stone is a riddle
No one knows how to answer it
Yet within, it must be cool and quiet
Even though a cow steps on it full weight

Even though a child throws it in a river
The stone, sinks, slow, unperturbed
To the river bottom
Where fishes come to knock on it
And listen....

I have seen spark fly out
When two stones are rubbed
So perhaps it is not dark inside after all;
Perhaps there is a moon shining
From somewhere, as though behind a hill -
Just enough light to make out
The strange writings, the star-charts
On the inner wall.
(C Simic)

Gambar diambil di Sungai Jahang, Gopeng. Batu-batu di tepi tebing sungai tersebut memang menarik. Tak sangka pula ketika di sana selain rakam rakam gambar sungai ambil juga gambar batu secara dekat. Kemudian jumpa poem tentang batu di internet, sesuailah seperti irama dengan lagu.

Tak pernah pulak aku bermimpi nak masuk ke dalam batu. Atau pun terfikir nak selidik lebih mendalam perpatah Melayu; ulat dalam batu pun ada rezekinya. Namun dalam Al Quran ada disebut bahawa dari batu yang keras ada air mengalir keluar dan batu yang keras jatuh dari tempat yang tinggi kerana takutkan Allah swt.

Yep.....mungkin dalam batu tidak segelap yang kita sangka dan batu tidak sekeras hati manusia. Menariknya boleh jadi dalam batu ada percikan api dan cahaya bulan yang samar-samar hingga dapat dibaca apa yang tertulis di dinding bahagian dalamnya...Aku ini hamba Allah yang taat.

Dendrobium bracteosum

Dendrobium bracteosum
D. bracteosum var alba
D. bracteosum pink

Dua gambar diambil di Agrofest 2010. Hati sangat tertarik melihat dendrobium ni kerana bunga berwarna putih bersih dan bentuk bunganya yang mengingatkan aku pada bunga cempaka. Tiga kali aku pi mai pi mai ke gerai ia dijual dan kali ketiga baru ambil keputasan membeli dengan harga RM 20.00 sepasu

Yang menjual pun bertanya kenapa aku ambil gambar. Dia meberitahu yang dia ni Vice President Persatuan Orkid dan gerai ini menempatkan orkid untuk jualan amal persatuan. Dari name cardnya rupanya dia ada nursery orkid menjual phalaenopsis 'novelty' dan orkid hutan. Sambil tu dia menulis blog mengenai orkid.

Gambar Dedrobium dengan bunga warna pink tu diambil di gerai pameran. Unuk orkid pink yang ada dijual cuma serumpun kecil dengan 5 batang pokok orkid setinggi setinggi 4 inci bersama sejambak bunga, berharga RM 35.00. Tak beli.

Lastly kawan aku yang terjumpa orkid ni belikan sepasu bila nampak ada satu thumb pot dengan dua anak pokok harganya RM 5. Terimakasih banyak-banyak. Dah kira save banyak le tu......

Penangan Lagu Raya

Dah dekat nak raya bermakna lagu-lagunya semakin banyak berkumandang di pasar malam, pasar tani dan supermarket, di radio serta tv hingga hati berdetik dan berbisik; dah nak raya! dah nak raya! Lalu ramai digamit rindu terutama yang merantau agar segera dapat balik ke kampung. Seronok nak jengok persiapan, sudahkah rumput di halaman di potong, langsir dijahit, pagar dicat dan kuih muih dibuat?

Banyak lagu-lagu nostalgia raya dan setiap orang ada favorit yang tersediri. Ada yang sayu mendengar lagu S Jibeng dengan 'ratapan di Aidil fitri'nya, ketika mengenang diri miskin dan terbuang. Ada yang minat 'dendang perantau' kerana frust tak dapat balik beraya dan ada yang suka lagu dam dam dum bunyi mercun kerana inilah lagu paling meriah. Dan tak semena-mena bila dengar lagu 'satu hari di hari raya' teringat pulak banyaknya dosa kat mak dan abah.......

Di Ramadhan ini aku mencari-cari apakah yang setidak-tidaknya dapat memberikan keinsafan
dan nostalgia yang indah dalam menjalani hidup seterusnya. Adakah ayat-ayat yang dibacakan ketika tarawih dan tazkirah selama ini dapat diingat melebihi dari lagu raya sehingga boleh menitiskan air mata?

Atau yang dikenang hanya gaya bacaan imam pada malam tu yang sedap ala-ala suara Rasyid Aflasi atau Saad Al Ghamidi sedangkan imam malam sebelumnya bacaannya lambat, kemelayuan dan membuat orang mengantuk....

Ketika Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi ni usaha jugalah aku menyemak makna beberapa surah lazim terutama Al Qadr ayat demi ayat. Di malam ke 20 Ramadhan lalu dalam rakaat terakhir tarawih imam membaca dengan suara kuat merdu dan penuh perasaan ayat akhir surah Naba'; ...dan orang kafir berkata, 'alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah debu'......... Mudah-mudahan aku ingat.

Pokok Senduduk

Pucuk senduduk
Senduduk kampung
Senduduk (nursery)

Gambar diambil di nursery bunga dan di kebun kawanku. Pokok senduduk ramai yang kenal kerana banyak tumbuh dalam semak yang terdedah pada cahaya matahari, tepi jalanraya dan highway serta di tepi kebun getah. Pokok yang sering dilihat berbunga pink atau ungu tetapi senduduk berbunga putih dikatakan lebih berkhasiat dan dijual dengan harga yang lebih mahal.

Seluruh pokok termasuk bunganya berguna untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan dan cirit birit. Pucuk muda yang direbus dan dijadikan ulam dipercayai boleh menghilangkan penyakit hepatitis, keputihan, buasir, haid berlebihan dan pendarahan di luar waktu haid.

Selain itu pucuk muda yang berasa pahit ini berguna untuk menurunkan suhu panas badan, menghilangkan sakit, melancarkan peredaran darah dan bertindak sebagai diuretik.

Air rebusan akar, daun, bunga dan buah senduduk mencepatkan pembekuan darah, melancarkan pengeluaran susu ibu dan mengurangkan pembengkakan bisul. Daun segar atau yang dikeringkan kemudian ditumbuk lumat boleh ditampalkan pada kulit yang melecur kerana terbakar atau luka berdarah untuk cepatkan penyembuhan.