Saturday, October 2, 2010

Duduk Rasulullah dan Larangan

1. Jabir bin Samuroh ra berkata bahawa Nabi saw jika telah selesai solat subuh baginda duduk bersila dalam majlisnya hingga terbit matahari. (HR Abu Dawud)

2. Ibnu Umar ra berkata: Aku telah melihat Rasulullah saw duduk muhtabi (duduk sambil memeluk lutut dengan kedua-dua tangan) di serambi di hadapan Kaabah. (HR Bukhari)

3. As Syarrid bin Suwaid ra berkata bahawa Rasulullah saw berjalan dan melihat aku sedang duduk sambil meletkkan tangan ke belakang dan menekan atas tangan, maka Nabi berkata: Apakah kau duduk secara duduk orang yang dimurkai Allah. (HR Abu Dawud)

4. Mu'awiyah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda; Jangan kamu duduk di atas sutera atau kulit harimau. (HR Abu Dawud)

5. Abu Malih dari ayahnya berkata bahawa Rasulullah saw telah melarang orang menghamparkan kulit binatang buas untuk duduk di atasnya. (HR Abu Dawud, At Termizi)

Pokok Lelipan

Pokok Lelipan
Close up

Gambar diambil di Seremban. Pokok lelipan tumbuh secara tegak dan ditanam sebagai pokok hiasan samada di dalam pasu, di halaman rumah atau kawasan perkuburan. Batang pokok berbentuk bulat dan bila batang ini bila dipatahkan akan mengeluarkan getah berwarna putih susu. Daun pokok ini hijau dan licin, berbentuk bujur dan runcing pada hujungnya dan mengalirkan getah jika terpatah.

Getah pokok lelipan beracun kalau termakan dan ia hanya sesuai untuk kegunaan luaran sahaja. Getah yang keluar dari bahagian daun boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak kerana patah tulang dan bisul serta menghalang luka berdarah. Dalam perubatan tradisionl getah yang diambil dari daunnya boleh disapukan pada bekas gigitan lipan untuk mengurangkan bisa dan bengkak.

Cepat Nak ke Mana?

Sudah jadi tabiat dan keperluan manusia yang hidup di zaman ini untuk melakukan dan mendapatkan sesuatu dengan cepat. Tapi aku percaya bahawa ada orang yang naturally fast dan ada yang naturally slow. Kebetulan aku termasuk dalam golongan pertama; kalau pergi nak cepat balik, urusan nak cepat siap dan kerja rumah mesti siapkan awal pagi. Mungkin sedikit terpangaruh dengan pesanan nenek, siapkan kerja awal bagus; kalau silap boleh dibaiki, tidak kelam kabut dan tak ada yang berleter.

Bila bekerja teringat kata-kata Graham Murray: more haste more waste. Agaknya seriau melihat aku berjalan menonong menatang dua tray telur ayam berharga RM 8.00 sebiji. Tapi ada pulak perkara yang aku boleh tekun seperti menyulam dan menjahit serta membaca buku tebal tulisan kecil dalam novel saga dan trilogy. Oh...satu lagi, menanam orkid.

Bila direnung, cepat-cepat ni sebenarnya nak kemana? Jawapan aku ialah, cepat kerja cepat rehat....supaya boleh buat kerja yang aku suka. Apa pun urusannya kalau boleh tak mahu tunggu lama-lama walaupun kena bayar lebih sedikit aku sanggup. Malangnya tidak semua urusan boleh berjalan lancar dan ikut kendak hati.....mungkin inilah sebabnya orang yang suka laju ni selalu dapat darah tinggi dan sakit jantung.

Kekadang ada hajat hati nak take it easy dan buat kerja dengan santai. Apa yang hendak dikejar kerana satu hari tetap ada 24 jam. Sebenarnya aku bukan mengejar masa tetapi masa yang mengejar aku. Contohnya bila tak sempat masak jawapnya aku rebus dan makan mee segera. Untuk apa? Supaya dapat duduk lebih lama depan tv atau komputer......

Why And Why Not

1. You see things; and you say, "Why?" But I dream things that never were, and I say, "Why not?" (G B Shaw)

2. Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal, nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude. (T Jefferson)

3. We are what we repeatedly do. Excellence, therefore, is not an act but a habit. (Aristotle)

4. Our greatest glory is not in never falling but in rising every time we fall. (Confucius)

5. Victory belongs to the most persevering. (N Bonaparte)


Dendrobium Lagi

Dend. purple-putih
Dend. lebat berbunga
Dend. putih-pink
Dend. pink kecil

Semua gambar diambil semasa Agrofest 2010. Entah kenapa tahun ini banyak dendrobium yang cantik-cantik dan yang menang sebagai the best plant pun dendrobium juga. Tapi yang emnjadi kegilaan bukan jenis nobile atau antelope yang mempunyai tanduk tetapi dendrobium bersaiz sederhana dengan bunga kebanyakan berbentuk bundar dan tangkai bunga mempunyai lebih 10 kuntum bunga mekar.

Apa pun dendrobium memang orkid yang dikenali ramai selepas orkid tulang dan orkid pinang. Ini kerana ia dari genus yang terdiri dari banyak spesis dan kacukannya telah dikomersilkan hingga boleh dijual dengan harga yang murah. Orkid ini adalah yang paling disukai orang yang mula berjinak-jinak dengan tanaman orkid.

Kebanyakan orkid dendrobium ialah epiphyte iaitu tumbuh menumpang pada pokok lain atau pada batang kayu dan rekahan di dinding bangunan. Ada juga yang hidup secara lithophyte iaitu melekap pada batu. Ia bukan parasit dan mendapat nutrisi dan air dari udara dan hujan atau dari bahan reput di sekelilingnya dengan mengeluarkan akar udara.

Orkid ini sesuai ditanam di dalam pasu yang beisi sabut kelapa, batu bata, moss atau arang. Dari pengalamanku orkid dendrobium yang bersaiz sederhana lebih rajin berbunga dari yang berbunga besar atau jenis antelope. Untuk pecubaan pertama menanam dendrobium cuma RM 8.00 diperlukan; beli pokok yang sudah berbunga, gantung di porch dan admire.

Friday, October 1, 2010

Telinga Monyet, Tekukur dan Busut

Suasana pagi yang menyeronokkan ialah ketika kami ramai-ramai mengutip cendawan telinga monyet dan cendawan tekukur dalam kebun getah. Cendawan tumbuh di batang-batang getah lapuk yang telah ditebang.

Ramai yang pergi, tua muda kerana cendawan paling elok ialah lepas hujan (malam sebelumnya). Orang kampong tidak dapat menoreh jadi mereka pergilah ke kebun. Terbongkok-bongkok, terhendap-hendap kami di celah kayu dan rumput mencari cendawan yang paling elok dan besar.

Kemudian boleh berbangga siapa yang dapat paling banyak. Kalau dah masuk kebun getah macam-macam pula boleh jumpa: terong belanda, terong asam, cili padi, pucuk meranti, pucuk paku, bayam merah, nenas, pucuk manis, (ada kawasan cerah sebab pokok getah tumbang atau mati jadi pokok-pokok tu tumbuh sendiri). Habis semua kami sapu.

Cendawan yang tak habis dimakan, boleh dijemur dan disimpan untuk dijual. Cendawan busut pula kalau seseorang dah terjumpa mesti kutip hingga seguni. Selalunya kena share dengan orang-orang kampung.

Kata nenek moyang cendawan busut ada penunggunya, cendawan muncul hanya lepas hujan dengan guruh berdentam-dentum dan kilat sabung menyabung. Agak nak buat cerita bahawa cendawan ni istimewa, sedap dan peluang merasa mungkin setahun sekali.

Terpilih Buku Tebu

Selain pilih orkid, nak beli apa pun aku suka memilih hatta seikat pucuk paku. Kalau barang letrik lagi le sakan; kena baca instruction manual sampai tamat, banding harga, banding features, banding brands. Pilih sayur, ikan bilis, buah dan buku, pendik kata everythings mesti pilih.

K kata buang masa betul. Bila shopping Kha dan Haq dipaksa ikut, mereka sibuk nak balik. Merungut lebih baik tak payah pergi, kerana aku akan pilih selagi ada pilihan, keluar masuk kedai yang mereka anggap sangat memalukan. Kata mereka: Buat apa pilih kalau tak beli? Kata aku: Mesti beli ke kalau tak sesuai?

Kekadang mereka nak menangis sebab fed-up dan aku nak menangis kerana hajat membeli tak kesampaian.

Dua benda yang aku kalah memilih. Bila K ke pasar membeli ikan dia akan tengok insang, tengok mata, tengok sisik, bertelor tak bertelor, cium bau hingga aku pun tak larat tunggu. Samalah kalau beli baju baru, punya lama hingga aku terduduk di lantai antara rak-rak baju.

Banyak kali kami terkena kerana pilihan tak tepat atau tak seelok mana. Menyesal dah buang masa dan duit namun tak serik-serik juga.