Saturday, October 9, 2010

Ini Bedak Sejuk

Dijemur dalam dulang
Bedak hampir kering
Tunggu dibungkus

Gambar diambil di rumah Tok Ngah, kebetulan ketika aku ziarah di beranda rumahnya ada sedulang bedak sejuk sedang dijemur. Umur beliau lebih 70 tahun, tidak nyanyuk walaupun ketika berjalan perlu dipimpin kalau jarak lebih 2-3 meter. Mukanya bersih tak ada parut jerawat dan badannya pun kecil sahaja. Yang aku tahu Tok Ngah suka puasa setiap hari Isnin dan Khamis selain makan ulam yang ditanam di sekeliling rumah.

Bila aku ke pasar malam mencari bedak sejuk rupanya ia ada juga dijual bersama jamu dan ubatan tradisional. Tetapi bedak sejuk sekarang sudah ada inovasi baru iaitu telah dicampur dengan gamat,. Harganya RM 4.00, dipek dalam bekas pill transpaent dan isinya seberat 250 gm. Sebelum ni ada juga blogger kata dia nak usahakan bedak sejuk secara kecil-kecilan. Aku sarankan agar campurkan non alcohol perfume, tak payah guna bunga tanjung, cempaka dan kenanga yang semakin sukar diperolehi.

Apapun kalau nak cantik ramuan asli juga yang dapat bertahan. Walau lambat nak melihat hasilnya tapi kesan berpanjangan. Oh ya......tak le macam pokok durian kawin, cepat berbuah cepat reput dahannya sementara pokok durian kampung hidup hingga cucu cicit malahan piut dapat merasa buahnya.

Friday, October 8, 2010

Nanas kerang

Nanas kerang
Close up
Bunga di celah daun

Gambar pokok diambil di Seremban. Tumbuhan ini memang banyak ditanam samada di dalam pasu, dalam tayar terpakai atau dibiarkan membiak di atas tanah. Nama saitifiknya ialah Rhoeo discolor atau Rhoeo spathacea dan ketinggiannya tidak melebehi 70 sm. Daunnya tebal, panjang tirus seperti daun nanas berwarna kehijauan di atas dan unggu di bawahnya. Bunganya berwarna putih berbentuk kerang dan keluar dari ketiak daun.

Dalam perubatan China ia diketahui sebagai tumbuhan yang ada rasa manis dan sejuk. Ia baik untuk mengubati radang, memelihara peparu, bertindak sebagai antibatuk, dapat mencairkan kahak, anti diarrhea dan membersihkan darah. Khasiat tumbuhan ini terdapt pada daun dan bunga samada digunakan segar atau setelah dikeringkan.

Untuk radang peparu, batuk berkahak, flu dan cirit birit ambil 20-30 kuntum bunga, rabus dan minum airnya. Bagi mengubat muntah darah dan radang peparu jenis akut, ambil 10 helai daun dan 30 kuntum bunga segar, rabus dengan gula batu dan minum airnya. Untuk penyakit berak darah ambil 15 helai daun dan 50 kuntum bunga yang telah dikeringkan dan campurkan dengan gula melaka. Minum air rebusan yang telah ditapis dan disejukkan.

Namun begitu
wanita hamil dilarang menggunakan herba ini kerana ditakuti akan menjejaskan bayi dalam kandungan.

Wednesday, October 6, 2010

Ketenteraman Yang Palsu

Aku ingin sekiranya anak-anak ke masjid, ke sekolah atau bermain di luar rumah dengan ibu bapa rasa tenang akan keselamatan diri mereka. Tetapi keadaan tidak begitu. Dalam suasana yang nampak aman tenteram ini kita dengar banyak berita yang mengerikan; anak-anak hilang di taman permainan dan murid alam perjalanan ke tusyen. Tidak cukup itu, anak dara lesap ditipu lelaki, isteri orang di bunuh jiran dan ibu bapa dianiaya oleh anak sendiri.

Hati curiga membiarkan pintu pagar apalagi pintu rumah terbuka. Di kampung dan di bandar terdapat cerita yang sama, orang meceroboh ke dalam rumah kalau tak merompak dan menyamun mereka mencederakan serta membunuh penghuninya. Kesannya anak-anak terpaksa dibesarkan dalam keadaan mencurigai orang lain kerana sudah ramai orang jahat, pelakon dan penipu.

Jadi hiduplah anak-anak dalam rumah yang bergrills pada tingkap dan pintunya, berprasangka buruk terhadap setiap orang yang datang, mendiamkan diri walaupun orang di luar memberi salam. Nilai berprasangka baik pada manusia sudah terhakis dan jangan terlalu mesra hatta pada orang terdekat seperti ipar dan sepupu.

Kalau anak kecil bertanya kenapa kita banyak takut dan curiga maka lebih baik berterus terang tentang keadaan masyarakat ketika ini. Kalau tidak terjadi apa-apa, tak ape lah. Tapi kalau sudah terkena menangis sudah tidak berguna lagi. Hendak menyalahkan diri, masyarakat atau negara? Mungkin kita tertipu sekali kerana terlalai hingga kita kehilangan sesuatu yang berharga. Namun sebagai orang Islam adalah menjadi silap besar kalau kita tertipu buat kali kedua. Berhati-hatilah kerana musuh kita memang ramai dan mereka akan bersorak jika kita tersungkur serta hilang segala-galanya.

Encyclia Vespa

Orkid Encyclia vespa
Bunga, close-up
Enc. vespa, pseudobulb

Gambar diambil semasa Agrofest 2010. Orkid ini berasal dari Amerika Tengah, kepulauan Carribean dan Amerika Selatan. Ia boleh tumbuh di kawasan tropika dan dalam iklim tanah tinggi sederhana sejuk. Orkid ini sukar untuk dikelaskan kerana sifat pseudobulbnya yang unik. Ada yang menamakannya Anacheilium vespa. Pseudobulb orkid ini tingginya di antara 5 hingga 20 sm dan terbahagi kepada beberapa ruas. Ianya licin, berbentuk selinder dan berwarna hijau tua.

Di hujung pseudobulb pula terdapat dua helai daun yang berbentuk bujur, lebar dan panjang.
Dari hujung pseudobulb yang matang keluar tangkai bunga yang menegak dengan 5 hingga 22 kuntum bunga. Bunga orkid ini kelopaknya tebal dan keras, selalunya berwarna putih kehijaun dengan bintik-bintik berwarna ungu pada tepalnya.

Orkid ini mudah dijaga dan hidup secara epiphyte. Ia boleh ditanam di dalam pasu dengan meletakkan media seperti sabut reput dan arang untuk menyokong kedudukan akar. Orkid ini mesti ditempatkan di bawah naungan dan lembab. Ia belum begitu dikenali di negara ini.

Saturday, October 2, 2010

Namanya Mexican Petunia

Info tambahan post September 2010: Serupa Tapi Tak Sama

Mexican Petunia 'purple'
Mexican Petunia 'pink'

Gambar pertama diambil di Pusat Kesihatan Kecil Daerah. Dalam buku nama penuh tumbuhan ini ialah Dwarf Mexican petunia atau Ruelia brittoniana Katie purple. Bunganya berwarna ungu terang.

Gambar kedua diambil di celah rekahan dinding longkang taman perumahan. Aku dalam perjalanan untuk menghadiri majlis jamuan raya tapi terhenti setelah melihat a patch of land yang ditumbuhi pelbagai bunga dari sunflower, cosmos, orkid spathoglottis, Euphorbia, dahlia dan lain-lain. Di dinding longkang tumbuh Dwarf Mexican Petunia berwarna pink ni.

Pokok Ruelia mudah sesuai di pelbagai keadaan dan boleh ditanam di tanah yang basah atau kering. Namun begitu ia perlukan cahaya matahari yang banyak untuk pengeluaran bunga yang lebat. Oleh itu pokok yang ditanam di tempat redup hanya sedikit bunganya.

Adil Menurut Nenek

Sebelum terowong, Ipoh
 dan Kuala Kangsar
 Tebing curam
 Menurun, perlahan-lahan
Arah  ke Kuala Kangsar
 Lega, tidak berbukit


 Ramai orang kata nenek sayangkan cucu lebih dari ibu bapa sayangkan anak mereka sendiri. Namun begitu salah sekiranya kalau membeza-bezakan kasih sayang dan layanan di antara cucu tersebut kerana akan menimbulkan kesan yang tidak baik. Mungkin anak dan menantu berkecil hati dan ada cucu yang menyampah dengan perangai nenek yang kurang adil.

Di kampung dulu-dulu kebanyakan anak-anak bebas merayau dan pergi bermain ke rumah jiran tetangga. Tidak hairan kerana jiran semuanya suku sakat sepusat sepusing dan bau bacang hingga tidak hal kalau budak-budak ni bermain sampai melanggar waktu makan tengah hari atau minum petang. Apa yang ada akan dihidang dan dikongsi bersama, tak apa lauk kurang tapi nasi mesti lebih.

Makanan sedap dimakan bersama nasi, nenek kata biar kenyang. Kalau makan telur rebus nenek ada special ceremony, mengupas dua tiga biji telur di hadapan budak-budak hingga yang melihatnya terliur. Kemudian telur ini dipotong empat dengan seutas benang agar kuningnya tidak terbarai seperti yang dikerat dengan pisau. Kami ambil seorang sebahagian dan rasanya itu paling adil kerana masing-masing dapat bahagian yang sempurna.

Begitu juga kalau ada sebungkus mee goreng. Setiap orang tadah pinggan nasi dan dapat pada pusingan pertama satu sudu mee. Bila habis sepusingan baru diberikan lagi apa yang tertinggal. Satey pun begitu juga, nenek mulakan membahagi sedikit seorang. Mungkin dapat satu cucuk setengah seorang. Lepas itu pandai pandailah nak makan yang sedap dahulu atau kemudian. Boleh jadi inilah cara nenek nak tengok sifat yang ada pada cucu-cucu, iaitu ada yang enjoy sekaligus, yang berjimat atau kedekut. Oh ya, kami dapat perhatikan bahawa neneklah yang dapat bahagiannya paling last dan yang paling sedikit.

From Enemy Number One

Bunga di tepi pagar
Sedang lebat berbunga
Jambak yang besar
Jambangan sempurna

Gambar bunga diambil di kawasan rumahku. Pokok ni dari rumah lama Cik Pah, kemudian dibawa ke kuaters sebuah research institute dimana dia tinggal. Ketika Cik Pah akan berpindah ke KL dia offer pokok ni padaku kerana nak dibawa tak ada kawasan nak tanam dan mungkin dia tak ada masa nak menjaganya. Kami berdua keluarkan pokok dari pasunya yang besar dengan susah payah dan bungkus akar yang masih ada tanah dalam beg plastik hitam. Kemudian angkat masuk ke seat belakang kereta dengan sebahagian batang dan daun pokok terkeluar dari tingkap.

Lalu aku tanamkannya di tepi pagar kerana pokok ni jenis memanjat.
Aku baja bila sempat dengan baja kimia untuk orkid. Mungkin empat bulan sekali pokok ni berbunga, bunganya mekar untuk dua minggu sahaja. Tetapi dua minggu sudah cukup untuk menikmati keindahannya. Kuntumnya purple dan bunga kembang berwarna pink dan bila hampir layu menjadi seakan putih. Selalunya sejambak mengandungi lebih dari 7 kuntum bunga.

Cik Pah memang sayang pokok ini. Aku teringat satu hari dengan excitednya dia kata pokok dipagar rumahnya sedang berbunga; indah tiada tandingan. Bila aku tengok aku pun jatuh hati juga dengan bunga ni. Hati berdetik dan berbisik, awesome. Kebetulan Cik Pah datang ke rumah hujung minggu lepas tapi sayang pokok tersebut tidak berbunga. Aku ingin berpesan pada Cik Pah yang janji nak lawat blog ni, inilah pokok yang dihadiahkan dulu.

To Cik Pah, my enemy number one, my former class mate, room mate, house mate and office mate.....these photos are especially for you.