Sunday, April 6, 2014

Tiga Masjid Diutamakan


1. Allah swt berfirman dalam hadis Qudsi: Barangsiapa yang menziarahiKu dengan berkunjung ke Kaabah (Masjid Al Haram) atau di masjid Rasulullah saw (Masjid Nabi) atau di Baitul Maqdis, lalu meninggal dunia (pada waktu itu) maka ia mati dengan mati syahid.


2. Rasulullah saw bersabda: Jangan kamu bersusah payah mengadakan perjalanan kecuali kepada tiga masjid, iaitu masjidku ini (Masjid Nabawi), Masjid Al Haram, dan Masjid Al Aqsa. (Al Hadis)


3. Rasulullah saw bersabda: Solat di dalam Masjid Al Haram sama dengan seratus ribu kali solat. Solat di dalam masjidku sama dengan seribu kali dan di dalam Baitul Maqdis sama dengan lima ratus kali solat. (HR Baihaqi, Jabir)

Wednesday, April 2, 2014

Masam Manis Musim Durian


 Tergolek di bawah pokok
 Sudah dikupas
 Berbuah lebat
 Di dahan rendah
 Kumpul di porch

Pada tahun tu tiba-tiba En K sudah ada beberapa pokok durian yang sedang berbuah. Pagi-pagi kami sudah pergi ke kebun. Thrillnya. Memungut dan meredah semak samun dengan nyamuk sambil mencari buah gugur yang bersalut daun kering dan kayu reput. Buah bukan bersih macam dijual di tepi jalan. Teringat sekali dulu ada orang nak bagi durian terbaik dari kampongnya. Habis duri ditarah hingga durian licin macam buah kelapa. Bungkus kemas dan tebal-tebal dengan newspaper dan kain batik. Namun perjalanan lima jam dengan bas tak dapat menghalang bau terlepas. Penumpang bertanya sesama sendiri, siapa pulak yang bawa bom ni?

Banyak peristiwa sebab durian. Teringat Ji hidangkan sambal tempoyak ketika di Nottingham. Sanggup bawa bahan terlarang dan hampir saja dirampas kastam. Memang ramai yang kagum dengan Ji. Katanya ketika sipegawai tertoleh-toleh mencari bau yang asing ni, pelan-pelan I tarik my beg. Nasib baik terlepas tempoyak I.

Cik Minah paling seronok kerana Pak Google kata orang darah tinggi boleh makan durian. Tapi lain pula dengan En Yazid. Dari katil hospital dengan selamba dia mengaku telah makan durian dan daging kambing di hari yang sama. Lepas tu dia pening dan pengsan. Tambahnya, aku kalau makan durian beramai-ramai (apalagi kalau sedap dan free) memang selalu terlajak. Limit tiga ulas, bila dikumpul-kumpul jadi tiga biji.

En Kamal katanya tak makan lebih dari dua ulas sebab saya tengok emak saya rebah di depan mata. Emaknya ada penyakit kencing manis. Sebab dah ada durian lebih En K teringat kawan, hantu durian. Namun pemberian itu telah jadi masaalah pula. Ibu kawannya yang baru saja bedah kaki kerana kencing manis berkeras nak merasa, anak dan menantu terpaksa akur. Hai.....bukan seulas tapi hampir sebiji, syukur tak jadi apa-apa. Hati berdetik dan berbisisk....... makan durian seronok sewaktu sihat dan berhati-hatilah kalau ada penyakit. Tentu ada sebab nenek moyang menggelar durian raja buah.

Dengki Atau Redha

Kebanyakan dengki berpunca dari perasaan bahawa orang lain melebihi dirinya dari segi kekayaan, kedudukan, kejayaan dan kebaikan. Oleh itu dia ada niat dan dengan sedaya upaya mencari jalan untuk menghilangkan nikmat tersebut dari orang yang dianggap lawannya. Orang yang dengki akan melakukan pelbagai cara asalkan orang yang didengki itu menerima kesan yang buruk. Misalnya dengan menyebarkan fitnah, cacian dan umpatan atau secara tindakan fizikal yang mencederakan, mendatangkan sakit dan kematian.

Peristiwa pembunuhan pertama sesama manusia berpunca dari perasaan dengki. Kejadian itu membabitkan Qabil dan Habil iaitu dua orang anak Nabi Adam as yang berebut pasangan untuk dijadikan isteri. Kisah itu dinyatakan Allah saw dalam firmanNya, "Ceritakanlah kepada mereka kedua orang putera Adam menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka diterima dari dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil), 'Aku pasti membunuhmu'. Berkata Habil, 'Sesungguhnya Allah hanya menerima (kurban) dari orang-orang yang bertakwa." (Al Maidah: 27)

Api kemarahan dan kedengkian Qabil tidak dapat dikawal hingga sanggup membunuh Habil. Kejadian ini menjadi panduan bagi syaitan untuk mencari kelemahan manusia dan menggunakan sepenuhnya untuk merosakkan mereka.

Sesungguhnya segala kelebihan yang dikurniakan oleh Allah swt kepada seseorang tidak akan boleh dilenyapkan oleh tangan manusia. Allah swt sentiasa menguji iman seseorang dan barangsiapa yang redha terhadap apa yang menimpanya akan mendapat balasan yang baik dari sisiNya.

Sunday, March 30, 2014

Tekun Mencari Rezeki

  Pembancuh simen
 Sisi kanan
  Sisi kiri
Tekun bekerja
Laman depan
Dalam pembinaan


Ketika mengecat rumah, renovate bilik air dan mengganti longkang, En K bagi Ah Peng dan pekerjanya yang buat. Dia ni berumur tujuh puluh tahun, bertubuh kurus dan beruban. Walaupun sudah tua matanya masih terang, tegap berjalan dan mulutnya juga ramah menyapa. Kata En K orang memang suka pada Ah Peng kerana senang kira, semuanya ok....ok....boleh....boleh..... Nak tukar itu, buatkan macam ni, pendik kata segalanya beres. Bila ditanya tentang harga dia menjawab, nanti kira sekali laa.

Pekerjanya ada lima orang dan sangat hormat kepada orang tua tu. Tak ada yang berani datang lambat, menyembang atau memandai-mandai buat kerja yang bukan disuruh Ah Peng. Dua orang darinya bujang terlajak jadi mereka ni bila bekerja suka pula menyanyi-nyanyi. Apa pun kerja mereka kemas dan teliti terutama memasang jubin dan mengecat. Cara kerja, slow and steady. Tidak kelam kabut sebab bila cepat sangat siap nanti nampak macam tak cukup bekerja pulak.

Sayangnya bila bekerja mereka kurang menghiraukan keselamatan diri. Selamba bekerja tak payah guna mask ketika mengecat, tak pakai goggle ketika mendrill dan tak guna sarung tangan ketika buat kerja berat. Kata Ah Peng pekerjanya orang susah, bergaji hari, dapat duit hanya untuk makan dan minum. Tapi aku tabik melihat kegigihan mereka bekerja jadi tidak hairanlah kalau Ah Peng dapat banyak projek. Di ofis aku dulu pun ada orang macam dia ni. Dia dan pekerjanya setiap hari datang, menaiktaraf bilik dan bangunan, membaiki bumbung dan lantai dan seribu macam benda hingga kami menggelar mereka staff yang tak ada punch card.


Satu lagi mereka sabar melayan kerenah pelanggan hingga yang minta buat itu dan ini tak sedar duit senyap-senyap mengalir keluar. Bila bajet permulaan RM 10K tapi setelah siap harga sudah jadi 15K. Apapun kena redha sebab itulah harga perlu dibayar untuk kepuasan hati. Hati berdetik dan berbisik.....bagusnya mereka, pandai memikat pelanggan dan pandai pula bekerja walaupun  tidak berpelajaran tinggi. 

Ingenuity Of Fools

1. A common mistake that people make when trying to design something completely foolproof is to under estimate the ingenuity of complete fools. (D Adams)

2. Advice is what we ask for when we already know the answer but wish we didn't. (E Jong)

3. Many people use their youths to make their old age miserable. (Anon)

4. Have nothing in your houses that you do not know to be useful or believe to be beautiful. (W Morris)

5. We cannot solve life's problems except by solving them. (M S Peck)

Friday, March 28, 2014

Aduhai, Teh O

 Ke Pantai Timor
 Ke Cameron Highlands
 Ke Sungai Siput
 Ke Sungai Siput
Ke Alor Star


SEJAK KITA BERPISAH

Sejak kita berpisah
Terapung di laut duka
Jiwa hampa kerana hati luka

Jiwa di saat kenangan
Tak dapat ku rela
Sudah nasib untuk diriku nan berduka

Hati pedih kalbu rindu setelah kau pergi
Harapanku untuk dikau nan kembali

Airmata berlinang mengingat sesalku datang
Berkumandang suaramu nan riang
Sejak kita berpisahan, hatiku tak tenang

Nan laksana suria silau waktu petang
Fikiranku selalu saja ingat kepadmu
Mari kasih lekas datang kepada ku
(Ahmad Jais)

Lagu ini yang berkumandang semasa berkunjung ke rumah kenalan di Kg Jaya Setia di suatu petang. Isteri tuan rumah sangat peramah dan lekas saja keluar kalau dengar aku memberi salam. Sambil menunggu En K berurusan dengan suaminya, selalunya dia akan hidangkan air teh panas dengan biskut cream crackers. Aduhai......suara puan rumah pun hanya terdengar sayup-sayup saja  bila mendengar lagu ni. Nak sembang pun sudah hilang mood, jadi sama-sama senyap merenung teh O di cawan masing-masing.

Monday, March 24, 2014

Akal Si Pencuri

Remang-remang senja
 Bulan dilindung awan

Suasana malam
Pencuri suka gelap
Masjid pun dia masuk


En K terkejut subuh itu bila komputer ribanya yang jadi permanent resident di atas meja ruang tamu lesap. Namun beg komputer dan isinya serta extra hard disk dibiarkan bersepah di ruang dapur. Ada pencuri dah masuk ke dalam rumah malam tadi? Tapi pintu hadapan dan pintu dapur elok terkunci rapat. Semua orang terbangun kerana kami berdua kecoh ke sana kemari memeriksa apa lagi yang hilang. 

Masing-masing check handset, lap top, wallet. Alhamdullilah semua ok malah tabung duit siling yang penuh di tepi tv tak di sentuh. Barang peribadi tiada kecurian kerana semua orang kunci pintu bilik masing-masing. Berbaloi juga mengganti kunci pintu bilek baru-baru ni. Di ruang tamu pula tak ada benda berharga dan pencuri tak minat nak angkat tv. Yang heran macamana pencuri boleh masuk?


Bila dah rasa ok sikit baru boleh berfikir. Pencuri masuk sebab seseorang (aku le kot) terlupa simpan kunci pintu dapur. Kunci itu mungkin melekat pada lubang kunci yang jaraknya hanya dua meter dari tingkap bergrill yang tak pernah ditutup. Kebetualn pintu antara ruang dapur dan pintu itu pun tak tidak dikunci malam tu. Pencuri ambil tali kasut untuk mengikat hook dari penyangkut baju besi pada galah penjolok rambutan. Dengan alat mengait kunci lalu membuka pintu dapur. Kunci pintu dapur tu elok pulak diletakkannya balik di jenang tingkap.


Itulah keadaan di kampung kami. Lima enam bulan sekali akan ada pencuri masuk ke rumah penduduk. Tak kira rumah siapa, rumah dua orang ustaz di masuki ketika keluarga mereka solat tarawih. Rumah Haji Razak dan En KWSP ketika mereka semua pulang ke kampung. Surau kampung kami pun sudah dua kali dimasukinya.  En K syak ini perbuatan orang kampung kami juga tapi sampai sekarang teorinya tak dapat dibuktikan. Hati berdetik dan berbisik........sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga akhirnya.