Rumpun pisang
Jantung dan bunga
Warna pink, menarik
Jantung, close up
Buah, kecil dan ke atas
Pagi, tengahari, petang dan malam dengan pisang, ada pisang semua boleh jadi. Pagi makan lempeng pisang, tengah hari gulai pisang, petang goreng pisang (pisang goreng?) malam sediakan lepat pisang untuk esok. Ketika baby makan pisang bakar lenyek, bila usia tua makan pisang rebus kerana sudah hilang selera nak makan nasi dan lauk ikan. Hidup di kampung kena suka makan pisang kerana ia murah, senang dapat dan boleh dijadikan pelbagai juadah.
Ketika banjir cari batang pisang untuk buat rakit, jika ada kematian, mayat diletak di atas sesusun batang pisang ketika dimandikan. Di kampung kalau dia seorang yang rajin dia akan menanam ubi dan keladi. Kalau kurang viamin r......, tanam pisang sahaja sebab tak perlu susah payah membaja dan merumput. Ada bermacam jenis pisang yang jadi favorit untuk di makan fresh. Biasanya cari isi yang halus, manis dan wangi seperti pisang rastali, embun, berangan, emas dan lemak manis.
Kalau nak mengoreng cari pisang raja, nangka, tanduk, nipah (abu), awak dan lilin. Rakit pula elok dibuat dari batang pisang nipah atau kapas sementara kerepek yang sedap ialah dari pisang tanduk atau pisang nipah. Tiga pisang ni dan pisang awak serta nangka sedap buat pengat. Gulai lemak pisang kapas dan pisang emas dengan ikan bilis tumbuk memang terkenal di kampongku.
Rule of thumb: kalau pisang buahnya manis jika masak, jantung tak boleh rebus buat ulam sebab pahit. Pisang kapas biasanya dijadikan pisang salai sebab tak larat makan fresh. Pisang jenis memang prolific kerana rumpunnya besar, kekadang sampai tiga empat pokok berbuah sekali gus dan tandannya panjang. Mungkin ada sepuluh hingga dua belas sikat. Makan pisang masa dulu-dulu bukan kerana ianya banyak vitamin, karbohidrat, kalori atau pottassium dan sebagainya, tapi kerana nak isi perut.
No comments:
Post a Comment