Sunday, August 1, 2010

Memori Dan Terhutang Budi

Mokara putih
Pokok orkid Oncidum
Bunga orkid Oncidium

Tiga gambar diambil di nursery bunga. Pergi berdua dengan Izz ke nursey tu kononnya nak ambil gambar bunga lagi. Masaalahnya bila sudah balik ke rumah ada saja gambar pokok yang tertinggal atau dah ambil tapi out of focus. Kata K tak habis-habis lagi menapak, sudah-sudah le tu. Aku pula tak pernah jemu tengok bunga walau pergi hampir setiap minggu.

Mokara putih dengan warna merah jambu paling lembut ni memang cantik. Sedap mata memandang. Aku pernah beli keratan batang yang ada bunga berharga RM 13 tapi baru dua kali berbunga dalam jagaanku, mati pula. Untuk mengubat hati aku yang kecewa cukuplah aku abadikan gambar bunga serupa dalam blog. Nak beli lagi? No....no....

Kerana merasa sangat terhutang budi pada tuan punya nursery yang selalu aku kunjungi ini maka aku pun belilah sepasu pokok orkid oncidium. Sempat bargain, dari RM 32 dapatlah RM 28. Izz pun setuju dengan pilihanku kerana orkid ni tangkai bunganya banyak cabang, bunga sangat lebat dan berbau sedap macam butterscotch.

No comments:

Post a Comment