Orkid miltonia
Orkid brasicca
Orkid brasicca
Dua gambar diambil di nursery orkid. Dua orkid ni tergolong dalam jenis sympodial seperti juga pokok orkid berbunga kuning yang dinamakan dancing lady. Walaupun bunganya besar dan cantik namun daunnya mudah diserang kulat yang menyebabkan bintik-bintik hitam pada permukaan daun.
Orkid miltonia atau 'pansy orchid' ni sangat cantik dan ada yang kelihatan seperti kertas kerana kelopaknya nipis dan warnanya sangat terang. Ada yang mengatakan bahawa miltonia lebih sesuai ditanam di kawasan sederhana sejuk dan tanah tinggi namun ada hybrid yang lebih tahan panas.
Aku ada juga cuba menanam dua jenis orkid ni namun tak menjadi. Sudah dua tahun ditanam tetapi tak ada pseudobulb yang mengeluarkan bunga. Peringatan untuk diri, bila beli pokok orkid, cari yang sudah berbunga walau harga lebih mahal. Oh ya, baja untuk orkid tak sama dengan baja untuk pokok sayuran.
No comments:
Post a Comment