Lencana-lencana
Gambar di t-shirt
Sepatutnya kita umat Islam mesti sedar bahawa tuntutan membebaskan bumi Palestin dari kezaliman rejim zionis merupakan tuntutan Allah swt. Sudah menjadi tanggung-jawab kita semua yang mengaku beriman kepada Allah swt untuk melaksanakan taklif (tj) ini. Umat Islam mampu merubah jika ada kefahaman yang jelas dan sanggup bangun untuk melaksanakan taklif rabbani ini.
Bagaimana agaknya kita berhadapan dengan orang yang kita benci, zalim dan jahat yang sudah tewas? Membunuh juga? Alangkah payahnya membenci sesuatu kerana Allah swt dan mencintai keranaNya namun ia telah dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw terhadap musuh mereka. Itulah juga yang ditunjukkkan oleh sukarelawan di atas Marvi Marmara.
Sesungguhnya kemenangan yang sebenar hanya pada orang-orang yang berjuang kerana meyakini perintah Allah swt dan sentiasa berada dijalan Allah dan RasulNya walau nyawa taruhannya. Saudara-saudara kita di Al Quds sedang menanti!
Tiga gambar diambil dari koleksi Kha. Malam tu aku sekeluarga dengar lagi tentang Palestin kerana tak puas hanya dengan temu ramah dan lapuran di tv. Ramai juga yang hadir di masjid mamandangkan masaalah Palestin ialah masaalah umah. Yelah, dalam Al Quran dan hadis banyak disebut tentang orang-orang Yahudi. Mereka membunuh para nabi, mempersenda petunjuk Allah swt dan mengubah kitab-kitabnyaNya. Kedengkinan dan kezaliman mereka berlarutan kepada umat Islam khasnya dan manusia sejagat hingga ke hari ini.
Sepatutnya kita umat Islam mesti sedar bahawa tuntutan membebaskan bumi Palestin dari kezaliman rejim zionis merupakan tuntutan Allah swt. Sudah menjadi tanggung-jawab kita semua yang mengaku beriman kepada Allah swt untuk melaksanakan taklif (tj) ini. Umat Islam mampu merubah jika ada kefahaman yang jelas dan sanggup bangun untuk melaksanakan taklif rabbani ini.
Di sebalik cerita dari orang yang mengalami kejadian itu tidak ada askar musuh yang parah atau mati walaupun sukarelawan ada sedikit peluang untuk membalas. Sudah tertanam kukuh di hati sukarelawan bahawa mereka pergi kerana kemanusiaan, keamanan dan dengan mengikut peraturan. Mereka telah diserang namun mereka sanggup mengubati musuh terlebih dahulu dan memastikan agar penyerang tersebut tidak diapa-apakan.
Bagaimana agaknya kita berhadapan dengan orang yang kita benci, zalim dan jahat yang sudah tewas? Membunuh juga? Alangkah payahnya membenci sesuatu kerana Allah swt dan mencintai keranaNya namun ia telah dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw terhadap musuh mereka. Itulah juga yang ditunjukkkan oleh sukarelawan di atas Marvi Marmara.
Sesungguhnya kemenangan yang sebenar hanya pada orang-orang yang berjuang kerana meyakini perintah Allah swt dan sentiasa berada dijalan Allah dan RasulNya walau nyawa taruhannya. Saudara-saudara kita di Al Quds sedang menanti!
No comments:
Post a Comment