Sunday, August 8, 2010

Disaat Membaca Al Quran

Membaca Al Quran samada dilakukan oleh orang yang faham maknanya secara keseluruhan atau hanya beberapa ayat dan juga oleh orang yang tidak faham tetaplah mendapat ganjaran dari Allah swt. Semua itu merupakan satu ibabdah akan tetapi ada perbezaan antara ganjaran yang diberikan kerana ia bergantung pada sifat dan adab pembacanya.

Allah swt berfirman yang bermaksud, "Dan bacalah Al Quran itu dengan tartil (perlahan-lahan)." (Al Muzzammil: 73). Amalan ini diperintahkan kerana membaca dengan perlahan dan sambil mempraktikkan akhlaknya akan mendatangkan kesan yang besar. Kesannya ialah pada jiwa melalui adanya ketenangan hati dan menambah kagum kepada Allah swt yang mencipta dan menguasai sekelian alam.

Pahala yang paling banyak ialah untuk orang yang membaca Al Quran dengan niat kerana mahu mengetahui apakah perintah Allah swt yang terkandung dalam kitab itu. Dia berusaha untuk memahami dan menghayati makna yang tersirat dalam kalimah Allah swt tersebut. Al Quran tidak akan mencurahkan perbendaharaan dan mukjizatnya kecuali seseorang itu membaca dengan persediaan roh dan jiwanya.

Kemudian dia mencuba pula mengamalkan perintah-perintah itu dalam dirinya, keluarganya dan masyarakatnya kerana dia tahu bahawa itulah jalan kehidupan yang dipilih dan diredhai oleh Allah swt untuknya di bumi ini.
Hanya Al Quran yang boleh memandu manusia pada kehidupan yang selamat dan tenteram.

3 comments:

  1. slm.
    t kasih.
    ramai yg mengakui hanya Al Quran yang boleh memandu manusia pada kehidupan yang selamat dan tenteram tapi tak berapa ramai yang mahu melaksanakannya.

    ReplyDelete
  2. thanks for reminder
    memang baca je, tapi tafsir tak fokus sgt

    ReplyDelete
  3. Suka dengan nasihat nasihat daripada hatiberdetikdanberbisik blog.

    jemput datang ke teratak warkah bonda untuk mengmabil award cik. :) terima kasih..

    ReplyDelete