Wednesday, September 1, 2010

Pokok Senduduk

Pucuk senduduk
Senduduk kampung
Senduduk (nursery)

Gambar diambil di nursery bunga dan di kebun kawanku. Pokok senduduk ramai yang kenal kerana banyak tumbuh dalam semak yang terdedah pada cahaya matahari, tepi jalanraya dan highway serta di tepi kebun getah. Pokok yang sering dilihat berbunga pink atau ungu tetapi senduduk berbunga putih dikatakan lebih berkhasiat dan dijual dengan harga yang lebih mahal.

Seluruh pokok termasuk bunganya berguna untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan dan cirit birit. Pucuk muda yang direbus dan dijadikan ulam dipercayai boleh menghilangkan penyakit hepatitis, keputihan, buasir, haid berlebihan dan pendarahan di luar waktu haid.

Selain itu pucuk muda yang berasa pahit ini berguna untuk menurunkan suhu panas badan, menghilangkan sakit, melancarkan peredaran darah dan bertindak sebagai diuretik.

Air rebusan akar, daun, bunga dan buah senduduk mencepatkan pembekuan darah, melancarkan pengeluaran susu ibu dan mengurangkan pembengkakan bisul. Daun segar atau yang dikeringkan kemudian ditumbuk lumat boleh ditampalkan pada kulit yang melecur kerana terbakar atau luka berdarah untuk cepatkan penyembuhan.

1 comment:

  1. Saya ada tanam 2 pokok senduduk putih d rumah. Di rumah emak pulak(di kampung) pokok2 senduduk putih ni tumbuh dengan liar...senang sungguh tumbuhnya....

    ReplyDelete