Sunday, August 1, 2010

Tak Fikir Itu Zalim

 Aglaonema, daun merah
 Mudah diserang mites
 Dieffenbachia
 Aka "Dumb Cane"
Aka "Leopard Lily"
 Mudah ditanam

Getahnya beracun 

Di waktu pagi selepas sarapan kalau cuti sekolah kekadang aku dan kekawan cari pokok pisang yang sederhana besar dan belum berbuah. Pucuknya hanya terbuka sedikit sementara yang di bawah masih bergulung. Kami akan datang perlahan-lahan mencekup bahagian atas yang berbentuk corong. Di pangkal pucuk ini biasanya ada kelawar atau keluang bersembunyi tidur.

Kami tak sedikit pun terasa geli atau takut digigit makhluk tersebut. Mungkin ketika itu cerita Drakula dan kelawar jadian belum sampai ke kampung kami. Bila sudah dapat seekor dua kami akan simpan kelawar tersebut di dalam tin biskut yang berlubang. Sehingga malam baru bebudak lelaki akan melepaskannya untuk terbang semula.

Bila dah tak ada kerja lain kami cari getah nangka. Nak dapat banyak getah kenalah lukakan pangkal tangkai buah nangka dan tadah dalam tempurung kelapa. Seterusnya campurkan sedikit minyak tanah dan kacau dengan ranting kayu hingga likat. Kemudian sapukan glue pada hujung lidi penyapu dan tahan di dalam parit kecil yang banyak tumbuhan air. Glue ini sesuai untuk tangkap pepatung yang banyak terbang berkeliaran.

Untuk projek yang lebih besar glue ini disalut pada ranting halus yang tidak mudah patah dan letak di celah dahan di mana burung selalu hinggap. Walaupun kami mencari pokok yang sedang berbuah namun jerat ini jarang mengena. Tetapi kalau dapat seekor burung kecil pun ia sangat berbaloi. Kami akan bawa burung tersebut pada Tok Usin yang ada sangkar buluh untuk parking burung yang kami dapat.

No comments:

Post a Comment