Semua orang tahu buluh banyak gunanya pada manusia dan juga haiwan samaada dari rebung hingga pokok matang, dari akar hingga pada daun dan buahnya. Di Thailand kekurangan makanan di kalangan penduduk aslinya berkait rapat dengan pertumbuhan buluh. Kalau musim buluh berbuah ia menjadi makanan bagi tikus hingga populasinya tidak dapat dikawal hingga memakan tanaman petani. Nasib baik buluh di sana berbunga beberapa puluh tahun sekali.
Di negara ini ada sejenis buluh yang semakin ramai orang sama ada di kampung atau di bandar menanamnya. Namanya buluh madu, pokoknya lebih kecil dari buluh kuning, buluh lemang dan buluh betong. Batangnya slim, berdaun tirus lembut berwarna hijau muda dan nampak sangat graceful. Cantik jika ditanam di sudut halaman dan sebagai bonus rebungnya boleh dimakan.
Buluh madu asalnya dari utara iaitu dekat sempadan Siam. Di sana rebung segar biasanya dibuat sayur manis dengan bayam atau dikari bersama daging. Kekadang dijadikan acar. Rebung mesti direndam dalam air jika mahu tahan lebih lama sebelum dimasak. Satu perkara yang tak berapa bagus tentang rebung jeruk ni ialah baunya yang kuat (tak wangi) walaupun disimpan di dalam peti ais.
Di rumahku ada yang berminat nak tanam buluh madu tapi bukan senang nak dapat benihnya. Di nursery bunga tak ada jadi bila ke rumah Mak Andak (darinya aku dapat orkid Scomborgia tibicinis), dia beri tiga batang perdu buluh madu. Di Agrofest 2010, harga anak buluh yang disemai dalam polibeg ialah antara RM 12 hingga RM 15. Aku pun congak-congak, kalau macam ni mahal bolehlah buat bisnis kalau betul caranya.

lawalawalawa.
ReplyDelete