Imam Bukhari rmh meriwayatkan bahawa Sayyidina Umar ra pernah bertanya kepada para sahabat tentang satu ayat Al Quran yang bermaksud, "Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin memiliki kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sunggai-sungai? Ia memiliki segala macam buah-buahan dalam kebun itu, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang ia memiliki keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin kuat yang mengandung api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu supaya kamu memikirkannya." (Al Baqarah: 266).
Lalu Ibnu Abbas ra menerangkan ayat tersebut menerangkan orang kaya yang telah lama taat kepada Allah swt. Kemudian syaitan datang kepada orang itu lalu ia melakukan banyak kemaksiatan sehingga semua amalnya terhapus. Banyak cara yang boleh dilakukan syaitan untuk menjadikan segala amalan soleh yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman menjadi sia-sia. Misalnya mengungkit-ungkit sedekah dan pertolongan, merasa sombong dan ujub dengan kesolehan, kehebatan , ibadah dan harta yang dimiliki.
Sebenarnya penyesalan ialah kata yang paling tepat untuk menggambarkan kesudahan orang yang tertipu dengan godaan syaitan. Apakah yang tinggal untuk dibawa ke hadapan Allah swt kelak jika pahala amalan yang pernah dilakukan sepanjang hidup musnah. Tidak ata tolong menolong dan pinjam meminjam di akhirat kelak kerana setiap orang ingin menyelamatkan diri masing-masing.
Ayat di atas memberikan contoh yang tepat bagaimana rugi dan menyesal sekiranya kebun kurma, anggur dan buah-buahan yang sudah mnegeluarkan hasil sekian terbakar hangus. Akan tetapi apa yang hilang di dunia besar kemungkin dapat ditebus dan diganti sedangkan kerugian di akhirat akan membawa siksaan yang pedih.
No comments:
Post a Comment